Netizen Dakwa Peniaga Kantoi Guna Minyak Peket Dalam Video Review, Gesa KPDN Ambil Tindakan [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan dua paket minyak masak diletakkan berdekatan sayur-sayuran sewaktu peniaga sedang mengambil sayur untuk digoreng.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Minyak peket merupakan salah satu subsidi yang diberikan oleh kerajaan khas untuk kegunaan isi rumah rakyat Malaysia.
Oleh itu, minyak peket ini dijual pada harga mampu milik dan ia jauh lebih murah berbanding minyak botol.
Sehubungan itu kerajaan menetapkan minyak peket tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial sebagai contoh pengusaha restoran. Namun pengecualian diberikan kepada peniaga kecil.
Mereka yang didapati mengeksploitasi minyak paket boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).
Peniaga didakwa guna minyak peket
Baru-baru ini, tular satu video hantaran di media sosial yang mendakwa sebuah restoran menjual menu berasaskan gorengan kunyit didakwa menggunakan minyak peket.
Menerusi video yang dikongsikan di X, awalnya kelihatan perakam telah memesan semua lauk yang dijual oleh peniaga berkenaan.
Peniaga itu turut memaklumkan terdapat tiga jenis lauk yang dijual di kedainya iaitu ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit dan juga sotong goreng kunyit.
Dalam pada itu, perakam turut menunjukkan proses pekerja menggoreng menu makanan yang dihidangkan.
Kelihatan dua peket minyak masak sewaktu pekerja sedang mengambil sayur untuk digoreng
Namun apa yang menjadi perhatian ramai, sewaktu pekerja sedang mengambil bahan sayur-sayuran untuk digoreng kelihatan dua peket minyak masak turut terakam dalam video terbabit.
Perkara itu secara tidak langsung telah menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat peniaga berkenaan tidak sepatutnya menggunakan minyak masak peket untuk berniaga.
Assalamualaikum @KPDN_HQ, ni bukti video ada peniaga guna minyak paket untuk meniaga. pic.twitter.com/mw8YBEhFXZ
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) November 19, 2024
Ada yang minta KPDN ambil tindakan
Malah ada yang turut meminta pihak berkuasa seperti KPDN untuk mengambil tindakan sewajarnya kerana mendakwa peniaga menggunakan minyak masak subsidi untuk memasak.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat masalah penggunaan minyak peket oleh pihak tidak sepatutnya boleh di atasi dengan menghentikan pengeluaran dan penjualannya.
Namun umum mengetahui ia bukan perkara mudah kerana minyak peket sering digunakan golongan B40.
Ada juga yang pelik bagaimana peniaga mampu membeli minyak masak peket sedangkan mereka sering mendapati ia kehabisan stok setiap kali ingin membelinya.
Video tersebut asalnya telah dimuat naik di akaun media sosial KL Foodie dan dipercayai ia bukan rakaman baharu. Ini kerana menerusi semakan sehingga Januari 2024 tidak menemui video terbabit.
Selain itu, akaun yang memuat naik video di X turut tidak memaklumkan di manakah lokasi kedai makan berkenaan.