fbpx
Now Reading
“Patutlah Menang” – Ramai Kagum Lihat Kecantikan Tandas Stesen Minyak BHPetrol Ladang Bikam [Video]

“Patutlah Menang” – Ramai Kagum Lihat Kecantikan Tandas Stesen Minyak BHPetrol Ladang Bikam [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah rekaan dan kecantikan tandas stesen minyak BHPetrol Ladang Bikam, Sungkai Perak itu yang unik seperti seolah-olah berada di luar negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan penerima Anugerah Toilet of The Year bagi tahun 2024.

Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan bagi tahun ini berbanding lima kategori sejak diperkenalkan pada tahun lalu.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah pusat beli belah, hotel, restoran, sekolah dan stesen minyak.

Penganugerahan itu nyata menarik minat pengguna media sosial hingga ada yang mempersoal sebab mereka dipilih sebagai pemenang contohnya bagi kategori stesen minyak.

Teruja Lihat Kecantikan Tandas Stesen Minyak BHP Petrol

Namun, segalanya terjawab apabila kecantikan tandas Stesen Minyak BHPetrol Ladang Bikam Arah Utara yang memenangi anugerah Toilet of The Year 2024 bagi kategori tersebut membuatkan ramai teruja dan mengakui mereka selayaknya menerima anugerah berkenaan.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh pengguna X, @IzzraifHarz, dia berkongsikan video suasana tandas stesen minyak yang terletak di Sungkai, Perak itu.

Apa yang menjadi perhatian adalah rekaan dan kecantikan tandas tersebut yang unik seperti seolah-olah berada di luar negara.

Lebih menarik, laluan yang berada di tandas itu turut dihiasi dengan chandelier yang biasanya digunakan di kebanyakan kediaman.

Malah, turut terdapat kerusi diletakkan di luar tandas tersebut bagi memudahkan pengunjung untuk menunggu.

“Bruh this BHP Ladang Bikam toilet is insane (Tandas BHP Ladang Bikam ni gila), no wonder they won (patutlah diorang menang),” tulis pengguna berkenaan.

Siap Ada Tiga Tempat Persalinan Lampin Bayi

Menerusi tinjauan kami di TikTok @bhpladangbikam, apa yang menjadi perhatian adalah tandas itu juga turut menyediakan kemudahan tempat persalinan lampin bayi buat golongan ibu bapa.

Bukan satu, tetapi tiga bilik persalinan lampin bayi yang diletakkan dalam tandas Orang Kurang Upaya (OKU) dan wanita disediakan khusus bagi memudahkan para ibu bapa untuk menukar lampin bayi dan anak mereka.

@bhpladangbikam

APA?!BHP LADANG BIKAM ADA KEMUDAHAN BARU??😁 Jangan lupa singgah dan gunakan kemudahan2 yg kami ada😊 #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #bhpetroluntuksemua #sapotlokal #bhpetrolmalaysia

♬ original sound – bhpladangbikam – bhpladangbikam

Ramai Teruja Lihat Kecantikan Tandas, Ada Yang Kongsi Pengalaman Suka Singgah Ke BHPetrol Ladang Bikam

Video yang telah mendapat lebih 216,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna.

Rata-rata meluahkan rasa kagum dan teruja melihat kecantikan dan kebersihan tandas berkenaan hingga ramai yang mengakui mereka sememangnya layak untuk menang.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman dan pendapat sendiri ketika menggunakan tandas tersebut.

Namun, ada segelintir pengguna media sosial yang tidak percaya dengan kecantikan itu dan mempersoal adakah keadaannya sama seperti di dalam tandas.

Walau bagaimanapun, BHPetrol Ladang Bikam melalui satu video di TikTok menjawab semua persoalan tersebut dengan menunjukkan suasana di dalam tandas itu yang tahap kebersihannya sama seperti di luar.

@bhpladangbikam

We heard you! Here you go our Toilet Interrior Decor 🥶 Thank you for the support Guys ❤️ #TOTYA2024 #champion #kpkt @BHPetrol.Malaysia

♬ Live Your Beautiful Life – Gray Griggs

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Tahniah!”

“Memang Selalu Berhenti Dekat BHPetrol Ladang Bikam Ni, Tandas Selalu Bersih”

“Saya Baru Pergi Tandas Ni Sabtu Lepas, Memang Bersih, Dalam Pun Bersih, Yang Penting Ada Tisu”

“Patut Tunjuk Dalam Tandas Sekali, Bukan Di Luar Sahaja. Untuk Mengukuhkan Lagi Kenapa Mereka Terpilih Anugerah Tersebut”

“Dan Harapannya Bila Tandas Dah Cantik Gini, Tolonglah Sebagai Pengguna Pun Bertanggungjawab Jaga Kebersihan”

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Macam RM200,000” – Kecantikan Tandas Sekolah Dengan Kos Ubah Suai RM70,000 Raih Pujian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mall” – Influencer Indonesia Kagum Lihat Tandas Awam Di Hentian Lebuh Raya Malaysia Bersih [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.