Rakaman Dashcam Pemandu Wanita Terlanggar Pelajar Sekolah Sedang Melintas Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan pemandu terlanggar pelajar berkenaan sewaktu dia sedang melintas di garisan zebra berdekatan sekolah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui apabila berada di kawasan sekolah, pemandu atau penunggang motosikal dilarang membawa kenderaan dengan laju.
Selain itu, kenderaan juga dilarang membunyikan hon sewaktu berada di kawasan sekolah dan perlu cakna dengan papan tanda yang disediakan bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang kemalangan tak diingini.
Wanita terlanggar pelajar sekolah sedang melintas
Baru-baru ini, tular di X satu video memaparkan seorang pemandu wanita yang dipercayai telah terlanggar seorang pelajar sekolah ketika dia sedang melintas.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan, awalnya kelihatan pemandu wanita berkenaan menyusuri sebuah jalan berdekatan kawasan sekolah.
Kelihatan banyak papan tanda disediakan sebelum laluan zebra
Tidak lama kemudian kelihatan di sebelah kiri dua papan tanda untuk memperlahankan kenderaan dan kelajuan maksima adalah 50 kilometer/jam. Manakala satu lagi papan tanda meminta untuk pengguna jalan raya berhati-hati kerana kanak-kanak sekolah melintas di hadapan.
Selang beberapa meter satu lagi papan tanda turut memberi peringatan yang sama. Malah turut kelihatan lampu isyarat berhampiran laluan zebra bertukar kepada warna kuning.
Namun pemandu berkenaan dilihat tidak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan. Sebaik sampai di laluan zebra seorang pelajar kemudian segera melintas untuk ke seberang jalan sebelum berlanggar dengan kenderaan terbabit.
Pemandu akui silap kerana terlanggar pelajar sekolah
Turut kedengaran pemandu wanita mengakui ia adalah kesilapannya kerana secara tidak sengaja melanggar kanak-kanak itu.
“Tiba-tiba dia melintas, jadi saya memang salah lah,” kata wanita itu.
Menerusi rakaman tersebut, dipercayai insiden membabitkan pelajar itu berlaku pada Isnin (18 November).
Menurut akaun X @update11111, insiden dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan.
Kejadian pagi tadi depan Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya, NS
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) November 18, 2024
Tiada info lanjut
Kredit owner 🎥 pic.twitter.com/iF6XHvKeqN
Tindakan pemandu terlanggar pelajar sekolah undang pelbagai rekasi
Melihat di ruangan balas, video tersebut mengundang pelbagai reaksi orang ramai terhadap pemandu.
Ada juga yang mengatakan pemandu tidak sepatutnya memandu pada kadar yang laju ketika berada di kawasan sekolah serta perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Namun tidak kurang juga ada yang mengatakan pelajar itu melintas tanpa pengawasan orang dewasa. Kata pengguna berkenaan guru atau pengawal keselamatan sepatutnya berada di laluan terbabit untuk mengawal lalu lintas.
Selain itu, ada yang berpendapat sekurang-kurangnya pemandu itu mengakui kesilapan yang dilakukan.