“Tak Pernah Dibuat Orang” – Tular Cubaan Van Tunda Motosikal Guna Tali Curi Tumpuan Ramai [Video]
Dalam video terbabit, kelihatan motosikal yang sedang ditarik itu secara tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan ia terjatuh sebelum diseret beberapa meter.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan, trak atau kereta tunda amat penting bagi membawa kenderaan rosak terutama di tengah jalan ke bengkel untuk dibaiki.
Jika kereta yang rosak, pasti tiada pilihan lain yang dapat dilakukan sekiranya kenderaan itu tidak lagi dapat bergerak selain daripada menggunakan ‘tow truck’.
Namun, bagi motosikal pula, mereka boleh menunda jentera itu dengan bantuan rakan seperti menolaknya menggunakan kaki dan sebagainya.
Tular van tunda motosikal, tarik guna tali
Pun begitu, lain pula dengan cara menunda motosikal yang dilakukan oleh beberapa individu ini dalam satu video yang tular di media sosial.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ahmdazmiiii, kelihatan motosikal terbabit diikat dengan menggunakan tali pada sebuah van jenis Perodua Rusa.
Van tersebut kemudiannya bergerak menarik motosikal berkenaan yang sedang ditunggangi serta dikawal oleh seorang lelaki.
Motosikal ditunda hilang kawalan sebelum terjatuh dan diseret
Bagaimanapun, ketika ingin ke luar ke sebuah kawasan jalan, motosikal yang sedang ditarik itu secara tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan ia terjatuh sebelum diseret beberapa meter.
Di dalam video tersebut, kelihatan tayar hadapan jentera dua roda itu berhenti berpusing dan terseret ke hadapan dipercayai punca ianya hilang kawalan.
Video berdurasi 57 saat itu mendapat lebih 2.1 juta tontonan dan sekitar 73,900 tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Untuk video tonton di bawah atau klik di sini:
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang terhibur
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.
Kebanyakan mereka berasa terhibur kerana kaedah menunda motosikal dengan menariknya menggunakan van adalah sesuatu yang jarang dilakukan.
Tidak hanya itu, ada juga yang mempersoal kenapa motosikal terbabit tidak diletakan di dalam van berkenaan.
Kejadian itu dipercayai berlaku berdekatan sebuah stesen minyak di Bukit Beruntung, Hulu Selangor.