fbpx
Now Reading
“Cuai!” – Penunggang Motosikal Dilibas Pagar Lori Sedang Berjalan Buat Ramai Seriau [Video]
kena libas pagar lori (1)

“Cuai!” – Penunggang Motosikal Dilibas Pagar Lori Sedang Berjalan Buat Ramai Seriau [Video]

Menerusi video tular, kelihatan pagar lori tersebut yang terbuka telah melibas kepala penunggang motosikal itu ketika kenderaan berat itu sedang bergerak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum, mematuhi peraturan jalan raya merupakan tanggungjawab semua agar keselamatan diri dan orang lain terjamin.

Bagi memastikan tiada sebarang kemalangan berlaku, setiap pemandu perlulah memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Ini termasuklah minyak, enjin, tayar dan sebagainya.

Pemeriksaan sebelum memandu ini juga boleh mengelakkan kecuaian daripada terjadi sekaligus mendapatkan pemanduan selamat ke destinasi masing-masing.


Kepala Penunggang Motosikal Dilibas Pagar Lori

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@arelie3044) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Arelie berkongsi satu situasi cemas yang berlaku di jalan raya sekitar Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menerusi rakaman dashcam itu, pada mulanya kelihatan seorang penunggang motosikal sedang berhenti di persimpangan bagi menunggu lampu isyarat bertukar warna hijau.

Tidak lama kemudian, muncul sebuah lori berwarna merah dari arah bertentangan menuju ke laluan bersebelahan motosikal berkenaan.

Situasi itu pada awalnya dilihat seperti normal sahaja. Namun siapa menyangka pagar lori itu secara tiba-tiba ‘melibas’ kepala rider tersebut. Ini berkemungkinan berlaku disebabkan pagar kenderaan berat itu tidak dikunci dengan baik sebelum memulakan perjalanan.

Sumber: TikTok (@arelie3044)

Mujur penunggang motosikal tersebut memakai topi keledar sewaktu kejadian berlaku. Tidak lama selepas itu, rider yang dilihat seolah-olah tergamam dengan insiden itu kemudian membuka helmetnya dan beredar dari lokasi terbabit.

“Kecuaian yang membahayakan orang lain. Siapa harus dipersalahkan?” ujar Arelie di ruangan kapsyen video.

@arelie3044 kecuaian manusia #CapCut #fyp #fypp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fypdong #fyppppppppppppppppppppppp #malang ♬ Danger – SoundAudio

Ramai Bengang Dengan Pemandu Lori Kerana Tak Cakna Dengan Keadaan Kenderaan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa bimbang melihat situasi yang tidak dijangka itu selain meluahkan rasa risau terhadap keadaan penunggang motosikal terbabit.

“Bahaya betul. Tak pasal-pasal boleh hilang kepala,” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga yang menyalahkan pemandu lori berkenaan kerana cuai sehingga terlepas pandang walhal dia sepatutnya memeriksa keadaan kenderaan sebelum bergerak.

“Fuh bahaya. Aku pun bawa lori 3 tan juga, sebelum bergerak aku akan pastikan lori pagar di sekeliling dikunci. Sebelum dan selepas menurunkan barang. Kena biasa untuk periksa pagar lori,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga berasa lega tiada kecederaan parah berlaku kerana penunggang motosikal berkenaan memakai helmet.

“Pekerja tidak pastikan atau (kunci pagar) dah rosak tiada penyelenggaraan. Kesian mangsa tiba-tiba pula datang swing (kepala), syukur guna helmet,” jelas seorang wanita.

Ramai juga berharap pihak berkuasa boleh memantau insiden sebegini dan mengambil langkah pencegahan sebelum ia mengorbankan nyawa orang lain.

Sumber: TikTok (@arelie3044)

7 Tips Keselamatan Untuk Pemandu Lori

Bagi memastikan perkara tidak diingini seperti kemalangan berlaku, berikut kami senaraikan beberapa langkah keselamatan sebelum memandu lori. Antaranya:

Sumber: Pexels
  • Mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan
  • Cakna tentang setiap kenderaan yang berada di sekeliling
  • Semak laporan cuaca sebelum memandu
  • Elak memandu ketika trafik puncak
  • Memandu dengan berhemah terutamanya waktu malam
  • Sentiasa memerhatikan cermin sisi dan elak menukar lorong dengan kerap
  • Berhenti dan periksa keadaan sekeliling lori dari semasa ke semasa jika perjalanan anda jauh

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Temui Ajal Dilanggar Lori Kontena Ketika Kereta Rosak Tepi Lebuh Raya

Baca Artikel Berkaitan: Rakaman Lori Terlanggar Side Mirror Perodua Alza Yang Diparkir Di Lorong Sempit, Cetus Perdebatan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 2 Lelaki Maut Termasuk Staf KKM Lepas Dirempuh Lori Ketika Tukar Tayar Tepi Jalan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.