Gelagat Sekumpulan Lelaki Lari Lintang Pukang Lepas ‘Usik’ Polis Peronda Buat Ramai Geli Hati [Video]
Menerusi video yang dikongsikan PDRM kelihatan kenderaan MPV polis itu mengundur sebaik menyedari kumpulan pemuda yang berada di tepi jalan tersebut menyebabkan mereka lari lintang pukang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tak dinafikan waktu yang diluangkan bersama rakan-rakan merupakan momen yang indah, apatah lagi jika mempunyai sahabat yang mempunyai ragam yang sama.
Maka ada sahaja aktiviti yang ingin dilakukan bersama-sama, perkara ini secara tidak langsung menjadi kenangan buat seseorang apabila sudah tua kelak.
Gelagat sekumpulan pemuda cuba mengusik polis peronda raih perhatian
Baru-baru ini sekumpulan pemuda lelaki turut melakukan perkara sama apabila cuba bergurau dengan kenderaan peronda polis sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan @pdrm_official di Instagram, awalnya kelihatan kumpulan pemuda lelaki itu berada di bahu jalan dipercayai sedang mandi hujan.
Kononnya melambai-lambai ketika kereta peronda lalu
Sebaik melihat sebuah kereta peronda polis sedang melalui kawasan tersebut kelihatan salah seorang dari mereka mengibaskan bajunya ke arah polis berkenaan dipercayai sekadar mahu mengusiknya.
Sedar mengenai perkara itu, kereta peronda polis itu kemudian berhenti dan mengundurkan kenderaan ke arah kumpulan terbabit.
Melihat perkara itu, kumpulan pemuda lelaki dengan segera berlari menyelamatkan diri mungkin bimbang jika disoal oleh polis peronda berkenaan.
Apa yang mencuri tumpuan kelihatan pemuda-pemuda itu lari lintang pukang dan ada yang memecut dengan laju.
Ramai terhibur dengan gelagat pemuda lari lintang pukang bila polis peronda patah balik kenderaan
Gelagat pemuda-pemuda itu yang dikongsikan akaun Instagram PDRM secara tidak langsung telah menarik perhatian netizen yang terhibur dengan mereka.
Malah ada yang menyifatkan pemuda yang berada di belakang berlari mengalahkan Usain Bolt iaitu atlet pecut terkenal dari Jamaica.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan video tersebut membuatkan mereka terkenang kenangan ketika kecil dahulu kerana pernah melakukan hal yang sama.
“Yang belakang lari kalah Usain Bolt”
“Polis ni tahu je budak-budak nakal.”
“Yang belakang sekali berlari ke terbang tu, rasanya macam dah tak pijak tanah.”
“Korang ingat korang je boleh usik orang, polis pun boleh je nak mengusik…”
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan Sewaktu Bertugas Raih Pujian Netizen
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Terbaik Tuan” – Ramai Puji Ketua Polis Daerah Barat Daya Kawal Trafik Waktu Kejadian Pokok Tumbang [Video]