Pelanggan Bawa Nachos Sendiri Tapi Peniaga Caj RM15 Untuk Sos & Inti Curi Perhatian [Video]
Melalui perkongsian itu, pelanggan wanita berkenaan diberi pilihan sama ada mahu memilih ayam atau daging sebagai inti utama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai menu baharu tular di media sosial yang menarik perhatian ramai.
Jika sebelum ini maggi malam menjadi tumpuan namun kini giliran makanan dari Mexico, Nachos pula mencuri perhatian pengguna media sosial.
Apa yang menarik, pengguna hanya perlu membawa nachos sendiri dan membayar untuk pilihan inti yang dijual oleh peniaga.
Peniaga Buat Inti & Sos Nachos Sendiri, Kenakan Caj RM15
Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita apabila dia membawa nachos ke sebuah gerai di Selangor bagi menikmati hidangan unik itu.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @bestfoodmy, wanita berkenaan dilihat membawa sendiri Nachos dan memilih inti kegemaran untuk dinikmati bersama.
Melalui perkongsian itu, wanita berkenaan diberi pilihan sama ada mahu memilih ayam atau daging sebagai inti utama.
Lebih menarik, inti tersebut turut didatangkan dengan bahan lain seperti sos keju, coleslaw dan pes tomato buatan sendiri.
“Kita ada homemade cheese sauce, kita ada homemade coleslaw, kita ada tomato, homemade juga, last one kita ada daging cincang, homemade daging cincang. Kita akan bagi 100 gram.
“Finally, kita ada garlic sauce, BBQ Sauce, last sekali kita ada Nachos sauce. Sos ni semua kita buat sendiri,” kata peniaga itu sambil mengisi kesemuanya dalam bungkusan Nachos berkenaan.
Tidak hanya itu, peniaga berkenaan turut memberikan chopstick bagi memudahkan pelanggannya untuk menikmati hidangan tersebut. Difahamkan, keseluruhan hidangan itu berharga RM15.
Kenakan Caj RM5 Bagi Bungkusan Snek Bersaiz Kecil
Melalui video berasingan, wanita yang sama turut membawa snek tempatan bersaiz mini untuk dinikmati bersama inti jualan peniaga itu.
Perkongsian tersebut juga turut mendapat perhatian apabila peniaga berkenaan mengenakan caj sebanyak RM5 kerana intinya yang kurang berbanding nachos sebelum ini.
Ramai Persoal Harga Tak Kena Dengan Kuantiti Inti
Video yang telah mendapat lebih 2.6 juta tontonan dan turut dikongsikan di platform X nyata mendapat perhatian ramai.
Majoriti pengguna media sosial berpendapat harga yang dikenakan adalah terlalu mahal dan tidak kena dengan kuantiti inti yang diberikan.
Apatah lagi, pelanggan membawa sendiri nachos tersebut dan peniaga hanya perlu menyediakan inti sahaja.
Tidak kurang juga ada yang membandingkan penjual itu dengan dengan peniaga hidangan sama yang terkenal di luar negara, Flavorhivetruck yang dilihat intinya melebihi daripada apa yang diberikan oleh peniaga tempatan berkenaan.
Hasil semakan kami mendapati menu nachos berserta inti seperti itu sememangnya dijual sekitar RM15 ke atas namun segalanya disediakan oleh peniaga termasuk nachos itu sendiri.
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Tahu Barang Sekarang Ni Mahal, Tapi Logik Ke RM15, Nachos Bawa Sendiri”
“Aku Follow Flavorhivetruck Lama Dah, 2 Kali Ganda Inti Banyak. Akak Tu Bawa Chips Sendiri RM15”
“Biasanya Kalau Peniaga Ulang-Ulang Sebut ‘Homemade’, Kena Ready La Dengan Harga Dia”
“RM15 Bawa Keropok Sendiri, Kalau Guna Keropok Dia, Jadi RM20?”
“Kalau Tengok Dekat US, Daging Dia Banyak Gila, Halal Lagi, Memang Trend Orang Datang Dengan Keropok, Tengok Ni Inti Sikit”
“Tak Berbaloi, Sepatutnya RM10 Je, Daging Ciput”
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Pasar Malam Tapi Harga Mahal” – Ramai Persoal Harga Makanan Di Food Festival
Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Tak Berbaloi” – Wanita Kecewa Ada Kedai Makan Di Pulau Pangkor Caj Harga Mahal [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Makanan Tak Sedap”- Wanita Dakwa Kedai Makan Di PD Caj Mahal Tapi Rasa Tak Setimpal Dengan Harga