fbpx
Now Reading
Ramai Teruja Pelajar Tadika Di Kuantan Pergi Rombongan Ke KLCC Naik Kapal Terbang [Video]

Ramai Teruja Pelajar Tadika Di Kuantan Pergi Rombongan Ke KLCC Naik Kapal Terbang [Video]

Menurut Azni, lawatan yang dibuat oleh tadika itu memakan kos sekitar RM300-350 untuk seorang dan ia termasuk dengan tiket penerbangan pergi dan balik serta makanan pelajar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi satu kelaziman buat setiap tadika atau taska apabila mereka akan mengadakan lawatan sambil belajar buat kanak-kanak.

Kebiasaannya lawatan sambil belajar ini akan membawa kanak-kanak ke tempat yang menarik seperti zoo, taman permainan, muzium serta banyak lagi.

Rombongan lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk mendedahkan murid-murid kepada dunia luar agar mereka dapat mempelajari mengenai alam sekitar, hidupan lain dan sebagainya.

Tadika di Kuantan, Pahang buat lawatan ke Petrosains, siap naik kapal terbang

Perkara sama turut dilakukan oleh sebuah tadika di Kuantan, Pahang ini apabila membawa kanak-kanak di sekolah tersebut melawat ke Petrosains yang terletak di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Namun apa yang mencuri tumpuan, kanak-kanak ini dibawa melawat ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat dari Kuantan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Azni di TikTok, awalnya kelihatan para guru dan juga kanak-kanak berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah sejak awal pagi.

Malah turut kelihatan para ibu bapa menghantar anak mereka ke lapangan terbang tersebut untuk rombongan tadika yang terdiri sekitar 60 orang itu.

Selesai dengan urusan pendaftaran kesemua pelajar dilihat memasuki ke kawasan imigresen untuk proses pemeriksaan dan sebagainya sebelum menaiki kapal terbang.

Kanak-kanak teruja nampak kapal terbang, siap ada pramugari sambut depan pintu pesawat

Bukan hanya itu, mereka juga dilihat sangat gembira dan teruja apabila melihat kapal terbang yang bakal dinaiki berada di depan mata. Ada yang berlari-lari kerana sudah tidak sabar untuk menaiki pesawat dari Malaysia Airlines itu.

Kehadiran si cilik ini turut disambut oleh pramugari dan pramugara yang setia menunggu penumpang di hadapan pintu masuk pesawat.

Azni turut menunjukkan keadaan kanak-kanak tadika ketika pesawat terbang sehingga ia mendarat.

Menurut Azni meskipun perjalanan itu sedikit mencabar namun mereka berjaya melakukannya.

“Cabaran bermula sewaktu pendaftaran masuk di lapangan terbang Kuantan lagi. Bayangkanlah kita orang mula check-in jam 5.30 pagi tapi pukul 7 pagi tak siap-siap lagi,” katanya.

Azni juga memohon maaf kepada penumpang yang menaiki pesawat sama atas sebarang kesulitan yang tidak dapat dielakkan dan berterima kasih kepada pihak Malaysia Airlines atas perkhidmatan baik yang diberikan.

Turut naik ERL & LRT sebaik sampai KLIA

Selain menaiki kapal terbang, dalam satu lagi hantaran Azni turut berkongsi momen ketika mereka membawa kanak-kanak itu menaiki Express Rail Link (ERL) dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke KL Sentral serta Light Rail Transit (LRT) dari KL Sentral ke KLCC.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan para pelajarnya begitu teruja kerana dalam satu hari dapat menaiki pelbagai jenis pengangkutan awam sebelum melawat ke Petrosains.

Selesai lawatan di Petrosains mereka kemudian pulang semula ke Kuantan pada hari sama juga menggunakan kapal terbang.

@aznia.razizan

Anak tadika trip by bas ❌ Anak tadika trip by aeroplane ✅ Ikutkn mommy da vlog pasal trip tadika ni. Tp sebab my staff dh siap edit video ni so kita post ni jek terus. Ya Allah its indeed a very remarkable journey ye. The struggle begin time checkin kt epot kuantan lg. Bygkanlah ktorg start cekin jam 5.30am tp by 7am tu xsiap2 pn lg sbnrnya. The guilty tu xyah cte r. Kot2 fyp ke passenger lain flight KUA-KUL 11/11/2024 6.30am. We are truly sorry. And thank you so much for your patience. Lemaklum handling 60pax for first time ever is not an easy task ye. But thankfully with Malaysian Hospitality by @Malaysia Airlines staff make this journey a joyful one! Kids happy and teachers happy walau barai teruk 😜.

♬ son original – Linda Buzz off

Ramai yang teruja lihat kanak-kanak tadika gembira naik kapal terbang pergi rombongan

Di ruangan komen, orang ramai turut teruja melihat kanak-kanak tadika itu berpeluang untuk menaiki kapal terbang sewaktu kecil.

Malah ada yang turut memuji guru-guru tadika itu kerana boleh mengendalikan perjalanan yang jauh.

Azni di dalam komen turut memaklumkan kos untuk lawatan itu sekitar RM300-350 setiap seorang termasuk tiket penerbangan, makan dan minum kanak-kanak.

Katanya seramai 13 orang guru dan 47 pelajar telah menyertai lawatan itu.

Ujar Azni lagi, pada mulanya dia juga bimbang sekiranya lawatan itu akan membebankan ibu bapa pelajar. Namun tidak sangka ia mendapat sambutan yang memberangsangkan.

@aznia.razizan

Replying to @khairakiara ok seperti dijanjikan atas permintaan ramai utk part 2. Kalini kita naik @KLIA Ekspres and @Rapid KL pulak. Turun KLIA kami beli tiket ERL untuk ke KL SENTRAL. Tapi since kami ramai kanak2 so pihak pengurusan KLIA ekspres minta kami guna klia transit coach je. Cuma rezki kami balik tu dpt juga naik express coach sbb coach transit rosak 🤭. Then dr KL Sentral menuju klcc kami naik LRT. Kami memilih LRT sbb kami nk yg betul2 smpi di KLCC. As we need to low the risk as much as we could. Anak2?teruja naik flight x abis lg dpt pulak naik train 😜 #muslimjuniors #muslimjuniorskindergarten #fyppppppppppppppppppppppp

♬ 오리지널 사운드 – Supark – Supark

“Dalam hati pilot berat sangat tanggungjawab aku kalini, mini taska dalam pesawat”

“Advanced korang dik, acik dulu lawatan tadika pergi pejabat felda je jalan kaki”

“Kalau begini, saya sanggup bayar mahal untuk bagi pengalaman dekat anak”

“Menarik, tadika dari Terengganu pun ada buat hari tu. Sampai KLIA, bas ambil. Jalan menaiki bus, jumpa mereka dekat arrival hall.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.