“Soft Spoken Sangat Ni”- Ramai Terhibur Dengar Bunyi Kerbau Sedang Panggil Kawan [Video]
Menerusi video tersebut, kedengaran Wan Achik menyuruh kerbau perliharaannya memanggil rakan lain untuk pulang ke kandang dengan segera.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sewaktu di zaman sekolah sehingga hari ini pasti kita sering kali mendengar peribahasa masuk ‘kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’.
Maksud kepada peribahasa ini adalah seseorang perlu pandai menyesuaikan diri dengan tempat serta keadaan di sesuatu tempat.
Namun bagi mereka yang duduk di bandar atau individu yang jarang terjumpa kerbau pasti keliru dengan bunyi ‘menguak’ yang dimaksudkan dalam peribahasa ini.
Malah mungkin ada di antara kita yang tidak pernah mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh kerbau berbanding kambing.
Bunyi kerbau panggil rakan pulang ke kandang raih perhatian
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seekor kerbau yang sedang memanggil rakan-rakannya untuk pulang ke kandang.
Menerusi video yang dikongsikan Wan Achik Ala, awalnya kelihatan dia mendekati seekor kerbau dan meminta haiwan tersebut untuk memanggil kumpulannya yang lain pulang ke kandang.
“Kawan mana? Kawan mana? Cepat panggil kawan balik cepat,” ujarnya kepada haiwan tersebut.
Sebaik mendengar arahan tuannya, kerbau itu lalu mengeluarkan bunyi seperti hon yang perlahan.
Tuan buat bunyi seperti kerbau lebih kuat berbanding haiwan itu sendiri
Malah Wan dalam masa sama turut melakukan bunyi tersebut untuk meminta kerbau berkenaan memanggil rakan yang masih belum pulang.
Namun apa yang menjadi perhatian bunyi yang dilakukan oleh Wan lebih kuat daripada kerbau terbabit.
“Lagi kuat-kuat, panggil kawan-kawan balik cepat. Kuat-kuat (bunyi kerbau),” kata Wan lagi.
Dalam beberapa lagi video lain, Wan Achik banyak berkongsi pelbagai video bersama kerbau ternakkannya. Malah kelihatan haiwan tersebut begitu jinak dan manja dengannya.
Selain kerbau, Wan Achik juga mementernak kambing dan turut mempamerkannya di dalam beberapa video lain.
Ramai terhibur dengar bunyi kerbau
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar cara kerbau itu memanggil kawannya pulang ke kandang kerana bunyi dihasilkan sangat perlahan.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka pertama kali mendengar bunyi kerbau. Ada juga yang turut bergurau dengan mengatakan haiwan tersebut mempunyai sifat soft spoken.
Video perkongsian memaparkan kerbau itu memanggil rakannya turut tular di X dan mendapat reaksi yang sama di kalangan pengguna aplikasi berkenaan.
First time dengar bunyi kerbau.
— ًِ (@bckupacc99) November 18, 2024
kerbau soft spoken ke ni 😂 pic.twitter.com/a1F4zDYGWK