fbpx

“Dia Sudah Minta Maaf” – Tular Isu Guru Tidak Sensitif Tentang Bapa Pelajar Sakit, Kakak Tampil Beri Penjelasan [Video]

Melalui hantaran terbaharu itu, gadis terbabit turut memohon maaf atas tindakannya yang bertindak melulu memuat naik video hingga menyebabkan guru itu dikecam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (20 November), tular di media sosial video seorang gadis yang kecewa dengan respon seorang guru yang mengajar adiknya di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Menerusi video tular, gadis itu mendakwa guru tersebut telah mengatakan sesuatu yang tidak baik mengenai bapanya selepas adik gadis berkenaan menghantar surat penjelasan tidak hadir ke sekolah untuk menghadiri peperiksaan disebabkan kondisi kesihatan bapa mereka.

Dia mendakwa, guru tersebut telah bertanyakan soalan yang tidak sepatutnya di saat bapa mereka sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kecewa dengan respon yang diberikan, gadis tersebut telah menuntut permohonan maaf daripada guru tersebut.

Namun, video asal yang dimuat naik oleh gadis berkenaan telah pun dipadam di akaun TikTok miliknya.

Guru Dah Tampil Buat Permohonan Maaf, Ada Datang Melawat Bapa Di Hospital

Terbaharu, menerusi video terkini di TikTok gadis tersebut, @dnaaazmr, dia mendedahkan guru yang merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) itu telah tampil memohon maaf.

Malah, guru tersebut turut datang melawat dan menziarah bapanya yang kini masih lagi berada di hospital.

“Individu tersebut telah memohon maaf kepada keluarga saya dan sudi untuk melapangkan masa berjumpa keluarga saya di hospital,” katanya menerusi video berkenaan.

Gadis Akui Salah Kerana Memuat Naik Video

Melalui perkongsian tersebut, gadis itu turut mengakui salahnya yang bertindak melulu memuat naik video hingga menjadi tular dan menyebabkan guru itu dikecam hebat oleh netizen.

“Saya mengaku, saya sedar kesalahan saya yang bertindak terlalu mengikut emosi dan melulu dengan memuat naik video tersebut hingga membuka ruang kecaman dan tohmahan kepada individu berkenaan.

“Itu adalah khilaf daripada saya, manusia biasa, seorang anak yang rasa kesal dan kecewa terhadap perkara yang telah berlaku,” katanya lagi.

Malah, dia turut meminta pihak berkaitan yang telah menularkan videonya sebelum ini untuk memadam hantaran tersebut.

Mohon Orang Ramai Doakan Kesihatan Bapa

Pada masa yang sama, gadis berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan bapanya.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang mendoakan baik-baik untuk keluarga saya terutama ayah sayalah.

“Saya dengan rendah hati dan rendah dirinya ingin memohon doa orang ramai agar ayah saya kembali pulih, sedar dan pulang ke pangkuan kami sekeluarga.

“Sekali lagi saya ingin meminta maaf andai ada hati yang saya guris terutama pihak yang terlibat.

“Cukuplah benda ini kita jadikan sebagai pengajaran dan tauladan agar di masa depan kita sentiasa ada sensitiviti dalam diri dan simpati terhadap kesedihan orang lain,” katanya.

Ramai Persoal Permohonan Maaf Gadis, Anggap Dia Tidak Patut Mohon Maaf

Video yang telah mendapat lebih 294,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada mereka berpendapat gadis itu tidak sepatutnya memohon maaf memandangkan tindakannya yang menularkan perbuatan tersebut bukanlah satu kesalahan.

Malah, ada pengguna media sosial yang berpandangan gadis tersebut mungkin menerima ugutan hingga menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Namun, ada juga yang berpendapat mungkin tindakan guru berkenaan yang memohon maaf dan sanggup turun padang melawat bapanya membuatkan dia bertukar fikiran.

Tidak kurang ada pengguna media sosial lain yang turut mendoakan agar bapa gadis itu diberi kesembuhan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Di Sebalik Isu Ini, Kita Dapat Saksikan Yang Kedua-Dua Pihak Amat Berjiwa Besar Saling Memohon Maaf”

“Semoga Ayah Awak Cepat Sihat. Kalau Saya Jadi Awak Pun Sama Je Tindakan Saya Tu”

“Mesti Kena Ugutkan Dik? Awak Takut Masa Depan Awak Kan?”

“Betul La Apa Yang Awak Buat, Patutnya Cikgu Tu Yang Kena Mohon Maaf”

“Semoga Dipermudahkan Segalanya Dik. Kadang Benda Macam Ni, Memang Kena Viralkan Baru La Pihak Yang Berkenaan Baru Nak Terngadah”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Cuba Sorok Rasa Sedih Depan Ibu Selepas Dimarahi Guru [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Isu Poster Pertandingan Bulan Kebangsaan Guna Gambar Askar China, Guru Sudah Mohon Maaf

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.