fbpx
Now Reading
“Ini Lah Orang Malaysia” – Tindakan Lelaki Kongsi Makanan Dengan Pemandu Bas Buat Ramai Tersentuh [Video]

“Ini Lah Orang Malaysia” – Tindakan Lelaki Kongsi Makanan Dengan Pemandu Bas Buat Ramai Tersentuh [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan usaha lelaki terbabit yang ingin menghulurkan makanan itu kepada pemaandu bas itu meskipun terdapat halangan pokok-pokok hiasan di tepi jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia merupakan antara negara majmuk yang diduduki oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berlainan bangsa, budaya dan agama namun masih mampu hidup dalam keadaan sejahtera serta makmur.

Sejak dahulu lagi, ibu bapa dan para guru telah mengajar anak-anak kecil tentang nilai murni untuk saling membantu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa.

Maka tidak hairanlah jika kita sering melihat rakyat Malaysia yang berbeza bangsa dan agama mampu hidup bersama dalam keadaan harmoni dan sentiasa tolong-menolong.

Tular lelaki Melayu kongsi makanan dengan pemandu bas berbangsa India

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki berbangsa Melayu tanpa teragak-agak berkongsi makanan yang dibelinya bersama seorang pemandu bas berbangsa India.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok pemandu bas berkenaan (@arun.fivestar), dia yang dikenali sebagai Arun pada mulanya mahu mencuba nasib dengan meminta sedikit makanan dipercayai cucur daripada lelaki itu bertujuan untuk melihat reaksinya.

“Budak Melayu ini tengah makan, saya saja nak tanya ‘adik saya lapar, bagi satu’, nak tengok apa dia punya reaksi,” katanya.

Arun kemudiannya memanggil lelaki terbabit dan meminta sedikit makanan dengan alasan dia sedang lapar.

Terus bangun dan ambil dua keping cucur untuk diberikan kepada pemandu bas

Lelaki terbabit secara spontan bangun dan mengambil dua keping cucur di dalam plastik yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya.

Arun yang melihat dua keping cucur yang dipegang oleh lelaki itu kemudiannya menyatakan bahawa dia hanya ingin satu sahaja.

Lebih mengharukan, lelaki terbabit tetap ingin memberi lebih makanan yang dimilikinya untuk dikongsikan bersama pemandu bas persiaran itu.

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki terbabit bersungguh-sungguh mahu menghulurkan makanan itu kepada Arun meskipun terdapat halangan pokok-pokok hiasan di tepi jalan.

“Haa nampak, dia bagi dua (cucur) untuk saya makan. rezeki saya katanya, ini lah orang Malaysia, Terima kasih, semoga rezeki adik melimpah,” katanya lagi.

Netizen tersentuh hati, akui kebanyakan rakyat Malaysia memang pemurah

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan lelaki itu yang langsung tidak berkira untuk berkongsi makanan yang dimiliknya dengan individu berbangsa lain.

Tidak hanya itu, perbuatan lelaki terbabit juga berjaya menyentuh hati ramai orang yang melihatnya.

Mereka turut mengakui kebanyakan rakyat di negara ini sememangnya memiliki sifat pemurah hati.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.