POV Rider Selamba Menyelit Di Antara Treler Buat Ramai Seriau [Video]
Penunggang skuter itu dilihat menyelit di antara dua buah treler dengan penuh keyakinan pada kelajuan sekitar 20Km/j hingga 40km/j.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di Malaysia, menunggang motosikal di atas jalan raya mempunyai kelebihan tersendiri berbanding memandu kereta, maka tidak hairanlah jika ada yang memilih jentera dua roda sebagai pengangkutan utamanya.
Selain boleh menjimatkan wang untuk mengisi petrol, penunggang motosikal juga dapat mengurangkan tempoh perjalanan ke sesuatu tempat kerana tidak perlu tersangkut di dalam kesesakan jalan raya seperti kereta.
Antara cara yang digunakan oleh penunggang motosikal semasa melalui jalan raya yang sesak adalah dengan menyelit di antara dua buah kenderaan.
Lelaki kongsi POV ketika menyelit
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang penunggang skuter yang dikenali sebagai Farhan Ashraf menunjukan ‘point of view’ (POV) semasa dia menempuh kesesakan jalan raya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@farhan_.ashraf), kelihatan jalan raya dipercayai di sekitar Pelabuhan Klang itu hanya mempunyai dua lorong sahaja.
Kedua-dua lorong di jalan raya yang sesak itu dipenuhi dengan kenderaan berat seperti lori dan treler berbanding kereta.
Selamba selit walaupun ruang sempit
Apa yang menyeramkan, Farhan yang menunggang skuter jenis Yamaha NVX itu dilihat tetap meneruskan perjalanannya dengan menyelit di antara dua kenderaan berat itu meskipun ruang yang ada terlalu sempit.
“Selagi boleh selit, kita selit,” ringkas tulisnya di ruangan kapsyen.
Farhan dilihat mencelah di antara dua buah treler dengan penuh keyakinan pada kelajuan sekitar 20Km/j hingga 40km/j.
Video berdurasi 23 saat itu meraih lebih daripada 2 juta tontonan dan sekitar 155,600 tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang seriau tengok ruang terlalu sempit
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video POV itu.
Ada yang berasa ‘seriau’ melihat Farhan ‘mencilok’ di antara lori dan treler memandangkan ruang yang ada terlalu sempit.
Tidak kurang juga yang menasihati lelaki itu untuk sentiasa berhati-hati semasa menunggang motosikal