Sikap Timbang Rasa Pemandu Myvi Beri Jalan Kepada Kereta BMW Ketika Di Persimpangan Raih Pujian [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah kereta BMW itu berada di laluan sebelahnya yang hanya boleh digunakan untuk membelok ke kanan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelbagai ragam pengguna jalan raya yang dapat dilihat lebih lagi jika sedang berlakunya kesesakan atau di mana-mana persimpangan.
Ada yang mengikut peraturan namun ada juga yang bersikap pentingkan diri sanggup memotong barisan hanya kerana mahu segera sampai ke destinasi.
Sekiranya ia tidak disengajakan, mungkin kita sebagai pengguna jalan raya boleh menutup mata khususnya buat mereka yang tidak biasa dengan kawasan tersebut atau tersalah lorong hingga ‘terpaksa’ memotong laluan orang lain.
Namun, tidak semua pemandu yang sanggup memberikan laluan kepada yang lain apatah lagi jika sudah lama menunggu di persimpangan.
Pemandu Perodua Myvi Angkat Tangan, Tanda Beri Laluan Kepada Pemandu BMW Yang Salah Lorong
Namun, berbeza pula dengan seorang pemandu Perodua Myvi ini yang sanggup mengutamakan dan memberi laluan kepada kereta lain ketika berada di persimpangan lampu isyarat.
Insiden itu dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok yang memuat naik video berkenaan di akaunnya, @firdauseden.
Menerusi perkongsian tersebut, pengguna yang dikenali sebagai Firdaus secara kebetulan berada di belakang kereta Perodua Myvi berwarna ungu itu dan bersebelahan sebuah kereta BMW.
Apa yang menjadi perhatian adalah kereta BMW itu berada di laluan sebelahnya yang hanya dikhususkan untuk kenderaan yang ingin membelok ke kanan.
“BMW tu tak sengaja masuk ke laluan yang salah. Mungkin dia tidak tahu ada tiang di situ.
“Respect pemandu Myvi king ini. Jadi orang di belakang hon BMW tersebut kerana mereka mahu membelok ke kanan,” tulis pengguna berkenaan.
Jelas pengguna berkenaan, dia sememangnya mahu memberi laluan kepada kereta BMW itu.
Namun, pemandu Myvi itu dilihat dengan pantas mengeluarkan tangannya dari tingkap kereta memberi isyarat kepada pemandu BMW itu agar masuk ke hadapan keretanya.
Sedar dengan tindakan pemandu Perodua Myvi itu, kereta mewah tersebut kemudiannya terus masuk ke lorong berkenaan.
Pemandu BMW Turut Angkat Tangan Sebagai Terima Kasih
Lebih menjadi perhatian, pemandu BMW itu turut mengeluarkan tangannya daripada tingkap seolah-olah seperti tanda terima kasih dan minta maaf kepada pemandu tersebut.
“Lihatlah rasa hormat dari Myvi ini dan permohonan maaf dari BMW tersebut,” tulis pengguna berkenaan di video tersebut.
Jelas pengguna berkenaan, dia pada awalnya mahu memberikan laluan kepada kereta BMW tersebut namun pemandu perodua Myvi itu telah melakukannya terlebih dahulu.
“Rakyat Malaysia dan toleransi (tidak dapat dipisahkan),” tulis pengguna itu.
Difahamkan, kejadian berlaku di bawah jejambat Jalan SS5 Damansara berhampiran X Park Malaysia.
Ramai Kagum & Puji Sikap Toleransi Pemandu Myvi
Video yang telah mendapat lebih 445,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata daripada mereka kagum dan memuji sikap tolak ansur serta toleransi pemandu perodua Myvi itu yang sanggup memberikan laluan kepada pemandu BMW tersebut.
Tidak hanya itu, ramai juga yang memuji pemandu BMW berkenaan sebaik Sahaja melihat responnya setelah pemandu Perodua Myvi itu memberi laluan.
Malah, ada pengguna media sosial yang turut berkongsikan pengalaman dan rasa yang sama Ketika berbuat baik dengan pengguna jalan raya yang lain.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Dua-Dua Bagus. Ada Budi Bahasa & Timbang Rasa”
“Bila Dapat Tolong Orang Macam Ni, Bila Orang Tu Angkat Tangan Macam Ni, Rasa Puas Tu Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana”
“Atas Jalan Raya Ni, Bertimbang Rasa Tu Penting”
“Yang Penting Bagi Je Signal, Kalau Melulu Masuk Depan Kenderaan Kita, Siapa Pun Marah”
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Lelaki Berhentikan Kereta Hingga Laluan Terhalang & Cuba Cetus Pergaduhan Buat Ramai Geram [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Proton Saga Dikecam, Berang & Acah Samseng Walhal Keluar Di Lorong Salah [Video]