![khidmat marah bos AS](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/11/khidmat-marah-bos-AS-720x420.jpg)
Takut Bersuara Di Tempat Kerja? Syarikat Di AS Ini Tawar Bantuan ‘Marah Bos’ [Video]
Syarikat dikenali sebagai OCDA ini ditubuhkan oleh pelawak dan pelakon di Amerika Syarikat iaitu Calimar White bertujuan untuk bersuara bagi para pekerja yang ingin melepaskan tekanan mereka terhadap majikan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap hari, pasti ada sahaja individu yang mengadu tentang tekanan kerja yang dialami oleh mereka di platform media sosial.
Antara masalah popular yang dilalui oleh pekerja adalah seperti persekitaran yang toksik, rakan sekerja suka curi tulang dan menyusahkan pihak lain, majikan pilih kasih atau gemar melepaskan geram serta banyak lagi.
Kadangkala masalah bersama majikan ini membuatkan anda tidak ‘ada hati’ untuk pergi ke tempat pekerjaan bagi meneruskan tanggungjawab hakiki. Nak luahkan rasa berang, tidak boleh pula kerana mereka itu bos anda.
Pelawak Di AS Tubuhkan Perkhidmatan ‘Marah Bos’
Kalau anda nak tahu, sebuah syarikat di New York, Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai OCDA (Occupational Cares Diversity Affairs) menyediakan perkhidmatan memarahi dan menegur majikan bagi pihak pekerja yang takut untuk bersuara.
OCDA telah ditubuhkan pada tahun ini oleh Calimar White yang juga seorang ‘stand-up comedian’ dan aktor. Perkhidmatan tersebut mendapat perhatian ramai kerana Calimar selalu memuat naik video perkhidmatan berkenaan di akaun Instagrammnya yang terdiri daripada 280,000 jumlah pengikut.
Video-video berkenaan menunjukkan dirinya ‘menerjah’ majikan-majikan yang dikatakan bermasalah di AS.
Bagaimana Golongan Pekerja Boleh Membuat Aduan?
Bagi mendapatkan khidmat OCDA, para pekerja yang mempunyai masalah hanya perlu melayari laman web rasmi mereka dan membuat aduan tentang isu dialami di tempat kerja.
“Apa sahaja benda yang awak nak cakap dekat bos tapi tak boleh nak cakap, anda boleh hubungi dan layari laman web kami. Kami akan munculkan diri (di tempat kerja) dan cakap apa yang anda nak luahkan,” kata Calimar.
Majikan juga tidak akan tahu siapa yang melakukan laporan kerana maklumat pekerja akan dirahsiakan.
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/11/image-2.jpg)
OCDA Tak Ambil Keuntungan Tetapi Hanya Bersuara Bagi Pihak Pekerja
Memetik laman web rasmi OCDA, ia beroperasi sebagai pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (non profit organization) dan dikhaskan untuk menerima aduan pekerja sahaja. Ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih baik kepada komuniti.
“Objektif utama kami adalah untuk memastikan aduan diterima di samping memupuk budaya hormat-menghormati di tempat kerja,” ujar OCDA lagi.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/11/TRP-2024-11-21T154523.381.jpg)
Menerusi beberapa video perkongsian, kelihatan Calimar menegur para majikan menggunakan skrip aduan daripada para pekerja. Pihak OCDA juga tidak perlu cakap berlapik untuk menjaga hati mana-mana pihak ketika melepaskan kemarahan klien.
Bukan itu sahaja, OCDA dalam masa sama menawarkan perkhidmatan ‘marah bos’ menerusi panggilan telefon.
Perkhidmatan OCDA Jadi Tumpuan Ramai
Perkhidmatan ini juga mula dikenali ramai selepas ia mula dimuat naik dan dipromosikan oleh influencer-influencer terkenal di laman TikTok sebagai contoh The Feedski.
Hantaran Calimar yang memarahi para majikan itu telah mendapat jumlah tontonan mencecah hampir 10 juta setakat artikel ini ditulis.
@thefeedski Got something you want to say to your boss but don’t want to get fired? Hire this man.
♬ original sound – TheFeedski
Baca Artikel Berkaitan: 67% Pekerja Di Malaysia Rasa ‘Burnout’ Di Pejabat, Alami Stres Lebih Dari Sekali Sebulan
Baca Artikel Berkaitan: Gila Kuasa, Micromanage & Banyak Lagi Sifat ‘Bos’ Yang Jadi Punca Staf Resign
Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara ‘Budaya’ Di Ofis Yang Perlu Ditukar. Tak Kiralah Kerajaan Atau Swasta