fbpx
Now Reading
“Fuh Masyuk!” – Rakyat Malaysia Tertarik Lihat Gaji Tukang Batu Di UK Cecah RM900 Sehari [Video]

“Fuh Masyuk!” – Rakyat Malaysia Tertarik Lihat Gaji Tukang Batu Di UK Cecah RM900 Sehari [Video]

Dalam video tersebut, kelihatan tukang batu terlatih dan profesional di United Kingdom itu perlu memastikan batu-batu disusun dengan rapi selain lebihan simen juga dibuang agar kelihatan lebih kemas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, gaji merupakan antara faktor utama yang dititik beratkan oleh setiap pekerja selain daripada persekitaran tempat kerja yang baik dan ‘workload’ yang tidak keterlaluan.

Malah, ada juga individu-individu yang hanya mengutamakan soal gaji sehingga terpaksa mengetepikan perkara lain seperti jarak perjalanan yang harus ditempoh setiap hari atau suasana kerja.

Individu sebeginilah yang kebanyakannya sanggup bekerja di Singapura dengan hanya ulang-alik dari Malaysia setiap hari demi mengejar pendapatan yang lumayan.

Tular gaji tukang batu di UK cecah RM900 sehari

Terbaharu, tular di media sosial satu video seorang lelaki mendakwa gaji tukang batu terlatih di United Kingdom (UK) boleh mencecah sehingga RM900 sehari.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @gamispukak97, nilai gaji sehari yang boleh diraih itu pasti akan memukau mata ramai rakyat di negara ini terutama bagi mereka yang bergaji rendah.

Manakan tidak, jika RM900 diraih dalam masa sehari, gaji setiap bulan pasti boleh mencecah kira-kira RM27,000.

Tukang batu mesti terlatih dan profesional

Dalam video tersebut, kelihatan tukang batu terlatih dan profesional itu perlu memastikan batu-batu disusun dengan rapi selain lebihan simen juga dibuang agar kelihatan lebih kemas.

Maka tidak pelik lah jika bayaran yang dijanjikan lumayan kerana ia memerlukan kemahiran yang tinggi dalam menyusun dan menyimen batu bata.

Susulan itu, lelaki terbabit menasihati kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi tukang batu terlatih di UK agar menjalani latihan intensif di Borneo Bricklayer Excellent Centre, Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu.

Raih pelbagai reaksi, ramai rakyat Malaysia berminat jadi tukang batu di UK

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 45 saat itu berjaya meraih lebih daripada 159,900 tontonan dan kira-kira 5,300 tanda suka di TikTok.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia yang melihat gaji tukang batu di UK itu tertarik untuk bekerja di sana dalam bidang yang sama.

Pun begitu, tidak kurang juga yang berasa ragu-ragu memandangkan pada masa ini terdapat banyak kes di mana rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan.

Sementara itu, semakan kami di Facebook menemui satu posting yang dikeluarkan Jabatan Bangunan IKM Kota Kinabalu yang merujuk kepada Program Work to UK (Bricklaying) pada 5 Julai lalu.

Berikut komen yang diberikan netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.