“Ini Makhluk Allah” – Peniaga Kecewa, Ada Orang Nak Boikot Restoran Hanya Kerana Bagi Anjing Makan [Video]
Jelas wanita itu lagi, disebabkan sifatnya sebagai pencinta haiwan, dia turut membuka sebuah kedai yang menjual produk untuk makhluk itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap manusia dinasihatkan untuk sentiasa berbuat baik sesama insan. Bukan itu sahaja, kita juga diseru untuk memberi layanan yang sama kepada hidupan lain seperti binatang.
Walaupun kadang kala haiwan ini boleh mendatangkan bahaya kepada individu namun mereka juga merupakan makhluk ciptaan Allah SWT.
Oleh sebab itu, ada orang yang berbuat baik dengan memberi makan walaupun haiwan itu berbahaya dan dilarang dalam Islam.
Namun, ada pula segelintir orang yang mempersoal dan mempertikaikan tindakan individu terbabit hingga sanggup melakukan sesuatu yang agak melampau.
Peniaga Kecewa Ada Orang Mahu Boikot Perniagaan Kerana Beri Anjing Makan
Itulah yang dihadapi oleh seorang pemilik restoran apabila tindakannya yang memberi anjing makan dipertikai oleh segelintir individu hingga ada yang mahu memboikot perniagaannya.
Menerusi perkongsian wanita tersebut di TikTok @salaistar, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang mahu memboikot hanya kerana perbuatannya itu.
Jelas wanita berkenaan, anjing merupakan makhluk ciptaan Allah yang juga perlu diberi layanan yang baik.
“Okey guys. Ada yang mesej dekat sayalah dan kutuk-kutuk saya memberi makan haiwan ini.
“Ini makhluk Allah. Saya sebagai pencinta haiwan, saya tak boleh lari. Memang saya tak boleh tak bagi makan. Saya memang suka buat video.
“Bukan nak menunjuk tapi memang itulah jiwa saya yang orang tak faham,” katanya.
Turut Buka Kedai Haiwan Kerana Sifat Cintakan Binatang
Tambah wanita itu lagi, disebabkan sifatnya sebagai pencinta haiwan, dia turut membuka sebuah kedai yang menjual produk untuk makhluk itu.
“Selain daripada restoran, saya ada bisnes iaitu menjual produk haiwan. Jadi jiwa saya tu tak boleh berpisah dengan haiwan, tolonglah faham.
“Janganlah you punya mesej sampai memburukkan kedai saya, you cakap apa, kami akan boikot sebab you bagi makan anjing yang haram.
“Tak baiklah macam tu. Saya tak boleh tak bagi haiwan makan. Burung saya bagi makan. Monyet saya bagi makan. Burung sakit pun saya tolong,” katanya di video berkenaan.
Malah, wanita itu mendedahkan dia turut memelihara 50 ekor kucing jalanan di kediamannya.
“Nasi-nasi restoran kalau lebih, saya bagi haiwan daripada buang dalam tong sampah.
“Janganlah bersangka buruk. Allah bagi pahala, ada ganjaran. Jadi fikir-fikirkanlah. Haiwan makhluk Allah pun nak hidup di dunia ini juga,” jelasnya lagi.
Melalui perkongsian yang sama, dapat dilihat seekor anjing berwarna hitam dan coklat telah datang ke gerainya sebelum wanita itu memberi makanan kepada haiwan tersebut di bawah pokok berhampiran premis.
Ramai Sokong Wanita, Minta Abaikan Kata-Kata Buruk
Video yang telah mendapat lebih 94,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada mereka menyokong dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh peniaga itu.
Malah, ada yang menasihatinya agar mengabaikan sahaja kata-kata individu yang mengecam perbuatan mulia itu.
Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman sama berbuat baik dan menjaga haiwan yang juga merupakan makhluk Allah SWT.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Tak Apa Kakak, Allah Tengok Niat Baik Kakak, Jangan Kisah Apa Pun Orang Nak Cakap”
“Manusia Tak Suka Tak Pe, Yang Penting Allah Suka, Terima Kasih Kak”
“Betul Tu Sis, Sebab Dalam Rezeki Kita, Pasti Ada Rezeki Makhluk Lain”
“Respect You Sis, Kasi Insaf Diorang Yang Burukkan Nama You”
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Wanita Beli Ayam Goreng Bagi Anjing Makan Raih Pujian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Gali Tanah Untuk Tanam Kucing, Raih Pujian Ramai -“Bagus Adik-Adik Ini” [Video]