Myvi Undur Sendiri & Langgar Kereta Lain Ketika Pemandu Berhenti Tepi Jalan Raih Pelbagai Reaksi [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan pemandu kereta Myvi cuba untuk mengejar kenderaannya sebaik menyedari ia mengundur dengan sendiri namun gagal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Insiden kemalangan kebiasaannya berlaku disebabkan kecuaian pengguna jalan raya.
Namun apa yang membimbangkan adalah kecuaian tersebut boleh membahayakan keselamatan dan nyawa individu lain.
Myvi mengundur sendiri ketika pemandunya keluar membeli makanan di gerai tepi jalan
Baru-baru ini, tular satu video di X memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi yang mengundur dengan sendirinya sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan dengan kenderaan lain.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Malaysia Most Viral di X, awalnya kelihatan pemandu Myvi itu sedang berhenti di tepi jalan dan keluar dari kenderaannya untuk ke gerai jualan di kawasan tersebut.
Manakala kenderaan pemilik dashcam berada di jalan bertentangan dengan kereta Myvi tersebut dipercayai sedang menunggu giliran untuk keluar dari simpang tiga.
Namun secara tiba-tiba kelihatan kereta Myvi itu mengundur dengan sendirinya dari gerai tersebut ke arah kenderaan pemilik dashcam.
Myvi mengundur langgar kenderaan pemilik dashcam, pintu pemandu Myvi terkepak
Kereta itu dilihat berundur dengan keadaan pintu di bahagian pemandu terbuka. Sebaik menyedari kenderaannya mengundur dengan sendiri, kelihatan pemandu cuba untuk mengejarnya.
Pemandu Myvi bagaimanapun gagal menyelamatkan keretanya yang bergerak pantas dan kemudian melanggar kereta pemilik dashcam.
Apa yang menjadi perhatian turut kelihatan pintu di bahagian pemandu terkepak disebabkan perlanggaran dengan kereta pemilik dashcam.
Menerusi video tersebut insiden kemalangan tersebut dipercayai berlaku pada 20 November lalu namun lokasinya tidak dapat dipastikan.
Pada ruangan kapsyen, akaun X berkenaan mendakwa pemandu tersebut tidak menarik handbrake sewaktu berhenti di gerai terbabit.
Alhamdulillah Tuhan bayar cash!
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) November 21, 2024
Balasan sikap pemalas tahap taik. Parking ikut dan je. Handbrake malas nak tarik. Pintu pun malas nak tutup. Pastu menyusahkan orang. pic.twitter.com/tLtZHstTe4
Video rakaman dashcam undang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai
Melihat di ruangan balas, video dashcam memaparkan insiden berlaku di antara kereta Myvi dan kenderaan pemilik dashcam mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.
Ada yang mendakwa pemandu kereta Myvi tidak menarik brek tangan dan menyebabkan kenderaan itu berjalan mengundur dengan sendirinya.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat mereka kurang senang apabila wujudnya gerai di tepi jalan raya yang dilihat boleh mengganggu pengguna apabila ada yang ingin berhenti untuk membeli dan sebagainya.
Ada juga yang mengatakan pemilik dashcam juga begitu tenang apabila lansung tidak membunyikan hon sewaktu insiden itu berlaku.