Penyanyi Nasyid Review Tandas Di China Raih Perhatian Ramai [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan pintu dan dinding pada tandas berkenaan begitu rendah sekitar paras dada.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Negara China merupakan salah sebuah negara yang ‘advance’ dengan pelbagai teknologi dan antara tempat yang menarik untuk dilawati.
Namun apabila berada di luar negara pastinya kita menyedari mereka mempunyai adat dan budaya yang sangat berbeza dengan negara sendiri. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan kita dapat melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif.
Penyanyi nasyid kongsi keadaan tandas masjid di China
Baru-baru ini penyanyi nasyid, Halim Ahmad yang kini berada di Xian, China telah berkongsi satu video tentang keadaan tandas di negara berkenaan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan tandas di sebuah masjid tersebut hanya berketinggian sekitar paras dada mungkin sekitar 150 cm.
Tandas itu turut dilengkapi dengan pintu namun bahagian atasnya tidak ditutup. Keadaan ini membuatkan mana-mana individu yang berada berdekatan boleh meninjau orang yang berada dalam tandas berkenaan.
Hanya ada jamban dan paip air, ketinggian pintu sekitar di paras dada
Katanya tandas itu turut dilengkapi dengan paip namun tidak mempunyai ‘flush’. Di ruang yang sama turut kelihatan tempat untuk mengambil air wuduk disediakan berhadapan dengan tandas.
“Memang tinggi dada, tinggi ketiak kita je ni ha. Inilah suasana tandas di China. Jadi kalau nak jalan (dalam tandas) kena jalan sebelah sini (berdekatan tempat ambil wuduk).
“Jangan jalan dekat-dekat takut bertegur siapa (dengan individu yang masuk tandas),” katanya.
Halim turut menunjukkan satu lagi tandas yang mempunyai flush namun lubang jambannya sedikit unik dan menimbulkan tanda tanda bagaimanakah cara ia digunakan.
“Ni tandas dekat masjid tau. Nak berak pun rasa ada yang memerhati,” ujarnya di ruang kapsyen.
Ramai terhibur lihat tandas, ada yang sanggup tahan sehingga balik Malaysia
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan keadaan tandas tersebut. Malah ada yang memaklumkan ada tandas awam di China yang tidak mempunyai pintu, paip air mahupun flush.
Ada juga yang mengatakan mereka mungkin hanya akan membuang air besar apabila berada di negara sendiri.