Ramai Puji Pakcik OKU Tak Jadikan Kekurangan Sebagai Alasan, Gigih Bina Reban Ayam [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan pakcik Aziz yang juga OKU menunjukkan proses DIY dia membuat reban ayam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Individu yang lahir dengan kekurangan atau turut digelar Orang Kurang Upaya (OKU) sering menjadi inspirasi buat orang ramai.
Ini kerana meskipun mempunyai kekurangan namun mereka mampu melakukan sesuatu perkara lebih baik dan rajin.
Pakcik OKU raih perhatian ramai, walau ada kekurangan fizikal namun mampu bekerja kuat
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pakcik yang dikenali sebagai Abang Aziz Kasawari di TikTok.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pakcik Aziz, kelihatan dia seorang OKU yang mempunyai kecacatan pada tangan serta kaki. Namun dalam keadaan itu dia mampu bertukang sama seperti orang lain.
Tunjuk proses bina reban ayam
Dalam video tersebut pakcik Aziz menunjukkan proses dia membina reban ayam satu persatu. Kelihatan awalnya dia mengukur besi dipercayai sebagai rangka reban berkenaan dan menandakannya.
Dia kemudian memotong besi tersebut menggunakan alat pemotong besi, serta menggunakan tukul besi untuk membentukkan besi berkenaan.
Tidak lama selepas itu dia menunjukkan hasil kerjanya iaitu reban ayam 2 tingkat.
@abgazizkasawari #fyp #following #alhamdulillah❤️ #fyppppppppppppppppppppppp #ayamselasih ♬ bunyi asal – abgazizkasawari
Buat pelbagai perkara, dan boleh baiki kereta sendiri, ramai kagum dengan semangat pakcik ini
Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan pakcik Aziz ini melakukan pelbagai perkara seperti menjual minyak ayam selasih, membaiki kereta, menjadi DJ serta banyak lagi.
Melihat di ruangan komen, video yang dikongsikan oleh pakcik Aziz telah memberikan inspirasi dan semangat kepada orang ramai untuk berusaha lebih keras lagi dalam kehidupan mereka.
Malah ada juga yang ingin memberi tajaan alat pelindung mata kerana melihat pakcik itu memotong besi tanpa memakai goggle.
Ada juga yang memuji dia seorang insan yang hebat dan reban yang dihasilkan juga cantik serta kemas.