Ramai Sebak Lihat Lelaki Diuji Hilang Motosikal Ketika Bawa Isteri Mengandung Check Up Jantung Di Hospital [Video]
Difahamkan, motosikal miliknya hilang selepas dia membawa pasangannya yang juga mempunyai masalah jantung ke sebuah hospital di Selayang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika sudah namanya manusia, pasti tidak lari daripada ujian dalam kehidupan. Ujian pula datang dengan cara berbeza mengikut kemampuan individu itu sendiri.
Walaupun sukar untuk menempuhi dugaan tersebut, hakikatnya ia mengajar seseorang untuk menjadi lebih kuat.
Motosikal Hilang Ketika Bawa Isteri Mengandung Check Up Di Hospital
Itulah yang dihadapi oleh seorang lelaki yang diuji kehilangan motosikal ketika dia membawa isterinya membuat pemeriksaan (check up) di hospital.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @niechan0, pengguna yang dikenali sebagai Aizat berkongsikan kisah sedih itu.
Difahamkan, kenderaan miliknya hilang selepas dia membawa pasangannya yang juga mempunyai masalah jantung ke sebuah hospital di Selayang.
“Dari Subang ke Selayang dengan motosikal untuk follow up masalah jantung isteri tengah pregnant (mengandung).
“Keluar dari hospital, nak balik, motosikal dah tak de, kena curi,” tulisnya di video berkenaan.
Terima Ujian, Yakin Rezeki Diperluaskan Selepas Kelahiran Zuriat
Apa yang menjadi perhatian adalah dia dan isterinya dilihat kekal tenang dan duduk di bangku hospital terbabit.
Lebih menyentuh hati, Aizat dilihat mengusap perut isterinya yang seolah-olah sedang termenung mengenangkan nasib mereka.
Jelas Aizat di ruangan komen, walaupun nampak tenang, namun isterinya telahpun mengeluarkan air mata sebaik mengetahui kenderaan mereka hilang.
Namun, dia menerima ujian tersebut dan yakin dengan rezeki kurniaan Allah SWT.
“Kami terima ujian ini, mungkin lahir zuriat malaikat kecil ini, rezeki kami luas,” tulisnya lagi.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu kemudiannya pulang ke rumah menggunakan Grab.
Ramai Simpati, Ada Yang Mahu Beri Motosikal Baru
Video yang telah mendapat lebih 951,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Majoriti daripada mereka bersimpati dengan nasib pasangan itu apatah lagi isteri lelaki berkenaan sedang mengandung dan mempunyai masalah jantung.
Selain daripada mendoakan urusan mereka dipermudahkan, ada yang turut mahu menghulurkan bantuan seperti motosikal kepada pasangan itu. Namun, setakat ini belum ada respon yang diberikan oleh Aizat.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sama dan menasihati agar sentiasa berhati-hati di masa hadapan apatah lagi kes kecurian melibatkan motosikal sering berlaku.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Sabar Bang. Ini Ujian Semasa Mengandung. Percayalah, Anak Yang Isteri Abang Kandungkan Itu, Anak Bertuah”
“Kalau You Nak Motosikal, Bagitahu, Saya Ada 1 Nak Bagi”
“Abang Pos Gambar Motor, Mana Tahu Kuasa Rakyat Share Ramai-Ramai Boleh Jumpa Balik”
“Macam Suami Saya, Motor Hilang Boleh Ajak Pergi Makan Cendol & Laksa. Punya Rilek”
“Semua Yang Berlaku Ada Hikmah, Dalam Ujian Pasti Ada Pelangi”
“Allah, Kesiannya Korang Berdua. Harreeyy Sungguh Siapa Yang Curi”
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kecewa Helmet Motosikal Dicuri Ketika Buat Pemeriksaan Di Hospital [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Menyamar Pakai Telekung Curi iPhone Jemaah Wanita Sedang Solat Dalam Masjid Di Shah Alam [Video]