fbpx
Now Reading
Bakal Graduan Berbelanja Hampir RM1,000 Untuk Majlis Konvokesyen Cetus Pelbagai Reaksi [Video]

Bakal Graduan Berbelanja Hampir RM1,000 Untuk Majlis Konvokesyen Cetus Pelbagai Reaksi [Video]

Menerusi video tersebut, terdapat pelajar mengakui berhabis sekitar RM1,000 lebih untuk majlis graduasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis konvokesyen yang dilakukan oleh kebanyakan institut pelajaran adalah untuk meraikan pelajar yang sudah bertukus-lumus berusaha untuk mendapatkan sijil pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Oleh itu, majlis ini akan diraikan dengan penuh gilang-gemilang untuk para pelajar yang bakal menghadirinya bersama insan tersayang seperti ibu bapa, ahli keluarga dan sebagainya.

Bagi pelajar pula, majlis ini merupakan salah satu apresiasi buat usaha mereka sebelum menempuh ke dalam dunia pekerjaan.

Perbelanjaan dikeluarkan graduan untuk majlis konvokesyen raih perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan satu eksperimen sosial yang bertanya kepada bakal graduan dari sebuah institusi berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk majlis tersebut.

Namun jawapan yang diberikan oleh individu-individu berkenaan telah menarik perhatian netizen.

Ada yang berhabis sekitar RM1,000 lebih

Menerusi video yang dimuat naik oleh Zestie di Instagram, seorang wanita dari Kedah menjelaskan dia menghabiskan sekitar RM1,000 lebih untuk meraikan kejayaannya itu.

Kata wanita itu perbelanjaan untuk baju bernilai RM200, make-up RM200, jurufoto RM250 dan penginapan sekitar RM170.

Manakala seorang lagi lelaki mengatakan dia berbelanja sekitar RM700 untuk pakaian sempena majlis konvokesyen berkenaan.

Namun ada juga graduan lelaki memaklumkan dia berhabis sekitar RM175 kerana enggan berbelanja lebih untuk hari tersebut.

Purata berbelanja sekitar RM200 hingga RM1,500 untuk pakaian, make-up dan jurufoto

Kebanyakan graduan yang disoal mengenai perbelanjaan mereka untuk majlis itu rata-rata menganggarkan mereka berbelanja sekitar RM200-1,500.

Apa yang mencuri perhatian apabila seorang wanita mengatakan dia tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan kerana ditaja sepenuhnya oleh kekasih.

Video undang pelbagai reaksi, ada yang kritik dan ada juga merasakan ia ‘self-reward’

Melihat di ruangan komen, video memaparkan pendedahan graduan mengenai perbelanjaan yang dikeluarkan untuk majlis tersebut mencetuskan pelbagai reaksi.

Ini kerana ada yang berpendapat perbelanjaan yang dikeluarkan oleh segelitir graduan terlalu tinggi.

Ada juga yang membandingkan zaman mereka bergraduasi dengan pelajar di masa kini.

Tidak kurang juga ada yang memuji pelajar lelaki dan wanita yang berbelanja kurang daripada RM200 kerana enggan membazir.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen merasakan ia adalah hak seseorang untuk berbelanja lebih dan menjadikan ia sebagai ‘self-reward’ untuk meraikan diri pada hari istimewa itu selepas beberapa tahun berusaha dalam pelajaran.

Ada juga berpendapat, segelintir yang mengeluarkan perbelanjaan yang lebih kerana sudah bekerja dan sebagainya.

“Pergh adik-adik, terkejut akak dengar ni. Dulu kami (konvo) pakai je baju kurung apa yang ada je. Kamera telefon masing-masing sudah. Make-up nanti touch up jelah pakai apps.”

“Kenapa terlalu negatif? Ini adalah ‘self-reward’ untuk segala usaha yang telah mereka berikan…”

“Kenapa berbelanja sebanyak itu untuk graduasi?”

“Lelaki yang cakap tak spend banyak tu bagus kau jadikan lelaki. Dia pandai nak bezakan keperluan dan kehendak. Semoga kau berjaya dik di alam pekerjaan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.