Doktor Kosmetik Saman Cristiano Ronaldo, Dakwa Berhutang RM224,000
Dalam borang rasmi kepada mahkamah, Dr Rosh menamakan Ronaldo namun tidak menyebut nama pasangan bintang itu, Georgina Rodriguez.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo dilaporkan disaman oleh seorang doktor kosmetik selepas dia didakwa mempunyai tunggakan bil sebanyak £40,000 (kira-kira RM224,000).
Dr Roshan Ravindran atau dikenali sebagai Dr Rosh mendakwa bekas tonggak utama kelab bolasepak gergasi Eropah, Manchester United itu belum menyelesaikan kos rawatan semasa dia berada di Old Trafford pada tahun 2021 dan 2022.
Difahamkan, Dr Rosh yang juga bekas pakar kardiologi itu berkemampuan dalam aspek rawaran botox dan filler, penjagaan kulit serta rawatan kening.
Hanya namakan Ronaldo dalam borang rasmi kepada mahkamah
Dalam borang rasmi kepada mahkamah, Dr Rosh menamakan Ronaldo namun tidak menyebut nama pasangan bintang itu, Georgina Rodriguez.
Dr Rosh didakwa melakukan rawatan untuk bintang berkenaan yang terkenal dengan sambutan ‘Siuuu’ selepas membuat jaringan itu serta ahli keluarga dan rombongannya di klinik beliau di Cheshire.
Ketika diminta memberikan komen, Dr Rosh yang juga mengendalikan cawangan klinik di Manchester dan London itu enggan menggulas lanjut.
“Terdapat isu undang-undang yang sedang berjalan dan sebagai seorang profesional, saya tidak akan membincangkan soal pesakit saya,” kata Dr Rosh.
Dr Rosh pakar di belakang figura penting dan terkenal di dunia
Menurut Harian Metro yang memetik sumber, Dr Rosh ialah seorang doktor dihormati dan pakar di belakang figura penting termasuk ahli politik terkemuka, kerabat diraja, bintang sukan dan ikon Hollywood.
“Bagi prosedur seperti botox dan fillers, Dr Rosh tidak dinafikan adalah pilihan nombor satu,” kata sumber.