fbpx
Now Reading
Gelagat Wanita Mesra Layan Panggilan Scammer Buat Ramai Geli Hati [Video]

Gelagat Wanita Mesra Layan Panggilan Scammer Buat Ramai Geli Hati [Video]

Menerusi video tersebut, kedengaran wanita itu sempat bergurau mesra dengan scammer terbabit dengan memaklumkan dia masih ‘single and available’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan sejak beberapa tahun lalu kebanyakan dari kita sering mendapat panggilan palsu dari scammer yang cuba menipu wang mangsanya.

Perkara ini membuatkan segelintir dari kita enggan mengangkat apa-apa panggilan telefon dari nombor tidak dikenali kerana sentiasa merasakan ia adalah scammer.

Namun ada juga yang masih mengangkat telefon apabila menerima panggilan dari nombor tak dikenali kerana bimbang sekiranya ada perkara penting dan sebagainya.

Wanita jadi perhatian apabila sempat bergurau mesra dengan scammer

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai @dgjems di TikTok telah menarik perhatian ramai apabila dia sempat bergurau dengan scammer yang menghubunginya.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan wanita itu sedang berada di tempat kerja sewaktu menerima panggilan tersebut.

Dia kemudian hanya melayan scammer yang dipercayai membuat panggilan dari pusat penghantaran kononnya wanita itu ada menghantar barangan kepada seseorang.

Scammer itu kemudian ada menyebut mengenai anak sewaktu sedang membuat penjelasan kepada wanita terbabit.

Beritahu masih ‘single and available’

Sebaik mendengar penjelasan scammer terbabit, wanita itu yang mengetahui panggilan tersebut adalah palsu lantas berseloroh memaklumkan yang dia masih bujang dan tidak mempunyai anak.

“Tak ada, saya belum ada anak. Saya bujang lagi. Single dan available ya,” kata wanita itu kepada scammer berkenaan.

Sempat bertanya status diri masing-masing

Perbualan mesra itu kemudian dibalas oleh scammer berkenaan apabila yang memaklumkan bahawa dia juga masih bujang.

Topik itu kemudian meleret apabila wanita itu turut bertanya mengapa si scammer masih bujang serta umurnya.

“Sebab mungkin baru jumpa jodoh, saya umur 30 tahun” ujar scammer. Malah dia juga sempat bertanya sekiranya wanita itu pernah berkahwin atau belum, dan wanita itu mengatakan tidak pernah.

Enggan melayan gurauan terlalu lama, scammer itu kemudian meneruskan agendanya dengan bertanya soalan lain untuk menipu wanita terbabit.

Dalam satu lagi video, wanita itu memberitahu kepada scammer nama yang disebut oleh lelaki itu adalah salah.

Malah dia mengatakan nama betulnya adalah Siti Nurhaliza turut kedengaran seorang lagi rakannya menyanyikan lagu ‘Anggapanmu’ nyanyian Ziana Zain. Mendengar nyanyian tersebut scammer itu kemudian mengeluarkan kata kesat kepadanya sebelum mematikan telefon.

Mungkin kerana scammer itu menyedari dirinya telah dimain-mainkan atau menjadi bahan gurauan.

“Ha awak kata saya p*k*m*k, tadi kata jodoh. Eh dah mati dah (panggilan telefon),” ujarnya wanita itu sambil ketawa.

@gdjems.mp4

Replying to @tembikaigoreng macam gitulah ending dia. Bak kata insomniacks ‘ku cuba relakan cinta harus selesai, meski belum mulai’ ☺️😔😫😭

♬ original sound – Gdjems – Gdjems

Ramai yang turut terhibur lihat wanita sempat bergurau mesra dengan scammer

Menjengah ke ruangan komen ramai yang terhibur dengan gelagat wanita berkenaan kerana sempat bergurau sewaktu terima panggilan scammer.

Ini kerana kebiasaannya mana-mana individu menerima panggilan dari scammer pasti akan berasa berang atau langsung memutuskan panggilan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang bergurau mungkin wanita itu berjodohan dengan scammer terbabit.

“Orang lain benci kalau scammer call, akak ni kalau scammer call dia tertunggu-tunggu pula.”

“Boleh pula kau buat taaruf eh kak 😂😂😂”

“Scammer saya stress sebab saya banyak tanya, dia yang matikan panggilan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.