fbpx
Now Reading
Kenyataan Konon DBKL Turun Papan Tanda Bahasa Mandarin Boleh Jejaskan Pelancong Hanya Alasan – Pakar Bahasa

Kenyataan Konon DBKL Turun Papan Tanda Bahasa Mandarin Boleh Jejaskan Pelancong Hanya Alasan – Pakar Bahasa

Menurut pakar bahasa dan perpaduan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong, pelancong asing boleh memahami tindakan diambil oleh DBKL itu sekiranya kewajaran tindakan itu diperjelaskan kepada mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melancarkan satu operasi berskala besar dengan menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu atau dwibahasa di beberapa kawasan di bandar berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Pelancong, Datuk Seri Tiong King Sing dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasaan terbabit.

Menurutnya, perkara itu menyebabkan pelancong mempersoal mengenai keterbukaan dan keterangkuman Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum sekali gus menjejaskan kadatangan mereka ke negara ini.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun yang menyifatkannya sebagai terlalu tergesa-gesa dan ‘mengganggu’.

Turun papan tanda bahasa Mandarin boleh jejas kedatangan pelancong hanya dalih

Terbaharu, Pakar bahasa dan perpaduan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong menyifatkan kenyataan kononnya tindakan DBKL menurunkan papan tanda bahasa Mandarin boleh menjejaskan kedatangan pelancong hanya alasan atau dalih yang tidak boleh diterima.

Jelasnya, pelancong asing boleh memahami tindakan diambil oleh DBKL itu sekiranya kewajaran tindakan itu diperjelaskan kepada mereka.

Dr Teo berkata, apatah lagi tindakan penguatkuasaan yang diambil itu selari dengan Undang-Undang Kecil Wilayah Pesekutuan 1982.

Jelas di dalam undang-undang, papan tanda tanpa bahasa Melayu menyalahi peraturan

Tegas beliau, undang-undang itu dengan jelas menyebut mana-mana papan tanda yang langsung tidak menggunakan atau menonjolkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangaan dianggap menyalahi peraturan tersebut.

“Mana mungkin pelancong dari China menganggap tindakan DBKL itu sebagai sesuatu yang rasis dan mereka tidak mahu lagi datang ke negara ini.

“Jika keadaan sebenar diberitahu, pelancong dari China boleh memahami tindakan DBKL itu adalah wajar kerana premis terlibat telah melanggar peraturan,” katanya dipetik MalaysiaGazette.

Tiada papan tanda bahasa Mandarin bukan penyebab pelancong tak ke Malaysia – Maszlee Malik

Dalam pada itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr Maszlee Malik juga menegaskan bahawa ketiadaan papan tanda dalam bahasa Mandari bukanlah penyebabkan pelancong luar negara tidak datang ke Malaysia.

Ujar bekas Menteri Pendidikan itu, pelancong tidak memilih Malaysia sebagai lokasi pelancongan kerana usaha mempromosi negara ini yang tidak rancak.

Selain itu, ujarnya, produk pelancongan negara juga tidak semeriah dan fasiliti pelancongan Malaysia yang tidak bersepadu menjadi penyebab kurangnya kedatangan pelancong asing.

Sekitar minggu lalu, akhbar berbahasa Mandarin, China Press melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu telah melancarkan operasi di beberapa kawasan termasuk Segambut, Pudu, dan Jalan Silang di pusat bandar.

Meskipun tiada maklumat lanjut, bebapa ahli politik mengeluarkan komen memberi petunjuk bahawa perniagaan Cina dengan tanda yang tidak mematuhi keperluan bahasa Melayu Dewan Bandaraya adalah antara yang terjejas.

Namun ahli lembaga penasihat DBKL Andre Lai berkata operasi itu menyasarkan semua papan tanda haram, bukan hanya yang menggunakan bahasa Cina.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.