“Respect!” – Aksi Sahabat Angkat Rakan Berkerusi Roda Turun Dari Pentas Pelamin Terima Pujian [Video]
Menerusi video itu tidak teragak-agak bekerjasama untuk mengangkat kerusi roda rakannya turun daripada pelamin pengantin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selain daripada nikmat simpanan duit yang tidak putus, ramai juga yang tidak sedar bahawa persahabatan yang baik juga dikira sebagai satu bentuk rezeki daripada Tuhan.
Sebelum ini, tular kisah tiga orang pemuda yang membantu mengiringi rakan Orang Kurang Upaya (OKU) dikenali sebagai Haikal untuk berjoging menggunakan kerusi roda.
Jelas salah seorang pemuda itu, mereka tidak akan meninggalkan Haikal kerana mahu berkawan dengannya sampai bila-bila. Tambahnya lagi, mereka juga selalu membawa Haikal keluar beriadah bersama.
Baca Artikel Berkaitan: “Susah Senang Bersama” – Tular Video Iringi Lelaki OKU Joging, Rakan Kongsi Kisah Persahabatan
Sekumpulan Pemuda Bantu Rakan Berkerusi Roda Turun Tangga
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@mnaz02) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Nazhan berkongsi suasana dan situasi menyentuh hati sewaktu menghadiri satu majlis perkahwinan.
Menerusi video perkongsian, kelihatan sekumpulan lelaki sedang berjumpa dengan pasangan mempelai di atas pelamin di majlis berkenaan. Apabila sudah selesai, mereka dilihat mahu menuruni pentas tersebut.
Namun perkara yang mengundang perhatian adalah apabila kumpulan pemuda itu bertindak mendahului rakan yang berkerusi roda dengan bekerjasama mengangkatnya turun tangga.
Aksi mereka dilihat bersahaja dan tidak kekok seolah-olah mereka sudah terbiasa membantu si rakan itu.
“Moga menjadi asbab sahabat hingga syurga,” kata Nazhan di ruangan kapsyen video.
Ramai Puji Lihat Persahabatan Para Lelaki Yang Prihatin Terhadap Satu Sama Lain
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan baik hati pemuda-pemuda tersebut yang prihatin terhadap rakan mereka yang berkerusi roda itu.
“Rezeki sebenarnya dapat persahabatan macam ni. Aku ni bukan memilih kawan, tapi kalau kawan jenis toksik memang aku ‘red flagkan’ terus,” kata seorang individu.
Malah ramai juga mendoakan agar persahabatan mereka berpanjangan dan saling menghargai antara satu sama lain.
“Kalau macam ni lah persahabatan korang, kawanlah sampai syurga ya. Nak dapat kawan susah senang ni bukan mudah. Ada bila kita diperlukan, love persahabatan macam ni,” kata seorang wanita.
Dalam pada warganet memuji sikap baik hati, orang ramai juga kagum melihat kod etika pemakaian mereka yang dikatakan kemas untuk ke majlis perkahwinan.
“Terima kasih tidak memakai selipar dan jeans koyak semasa berada di majlis perkahwinan! Semoga korang sentiasa dipermudahkan urusan dan persahabatan sampai syurga,” ujar seorang pengguna TikTok.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Ramai Lagi Susah Dari Kita” – Pakcik Sorong Kerusi Roda Isteri Atas Jalan Raya Buat Netizen Luluh Hati
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Semangat Setiakawan” – Mahasiswa Pilih Hospital Jadi Lokasi Photoshoot Konvo