fbpx
Now Reading
Tindakan Aunty Ambil Telefon Wanita Untuk Bantu Rakam Momen Raikan Hari Jadi Anak Raih Pujian [Video]

Tindakan Aunty Ambil Telefon Wanita Untuk Bantu Rakam Momen Raikan Hari Jadi Anak Raih Pujian [Video]

Di ruang kapsyen, Ros memaklumkan makcik berkenaan mengatakan kebiasaannya ketika momen indah susuk ibu sering tiada kerana menjadi individu yang merakam detik itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sambutan hari jadi merupakan perkara yang sangat bermakna buat seseorang apatah lagi ia merupakan hari lahir individu tersayang seperti ibu bapa, adik-beradik, suami atau isteri termasuklah anak.

Oleh itu, setiap kali tibanya hari lahir insan tersayang pasti ia akan diraikan dengan cara tersendiri contohnya ada yang keluar makan di restoran sambil membawa belon dan kek.

Ada juga yang membuat sambutan di rumah dan menjemput rakan-rakan untuk meraikannya bersama serta banyak lagi.

Tindakan individu tak dikenali bantu rakamkan video raih perhatian

Baru-baru ini, seorang ibu, Ros Afida turut melakukan perkara sama terhadap anak lelakinya, Naufal apabila membawa keluarganya ke sebuah restoran untuk meraikan hari jadi anaknya.

Namun apa yang mengejutkan apabila terdapat tindakan spontan dari seorang individu tak dikenali terhadap mereka yang meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ros di TikTok, awalnya kelihatan si ibu merakam momen anak-anak, suami dan ibunya sambil menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’.

Tiba-tiba ada individu ambil telefon

Namun sewaktu sedang asyik merakam momen itu, secara tiba-tiba telefon bimbitnya telah diambil oleh seorang Makcik tak dikenali untuk membantu merakam momen ahli keluarga itu menyambut hari jadi Naufal.

Meskipun seperti sedikit terkejut namun kedengaran Ros mengucapkan terima kasih atas tindakan baik makcik berkenaan kepadanya sekeluarga.

“Tengah raikan hari jadi Naufal, tiba-tiba ada seorang makcik yang tak dikenali ambil telefon kita,” katanya.

Selepas makcik itu mengambil telefon berkenaan, mereka kemudian menyanyikan lagu Happy Birthday buat Naufal.

Wajah ibu sering tiada ketika momen indah kerana menjadi insan yang merakam detik tersebut

Malah makcik itu turut mengatakan kebiasaannya di hari bahagia seperti ini wajah ibu sering tiada kerana menjadi individu yang merakam detik tersebut.

“Makcik tu cakap ‘selalu mama ambil gambar selalu mama tak ada dalam gambar’. Sangat memahami ya, sebab tu dia tolong ambil video supaya mama ada dalam video ni sekali.

“Baik sangat makcik, semoga makcik sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga,” jelasnya di ruang kapsyen.

Katanya lagi, sewaktu perkara itu berlaku makcik berkenaan duduk di belakang meja mereka.

@rosafidaismail

Aunty tu cakap “Selalu Mama amik gambar selalu Mama takde dalam gambar” Sangat memahami ya, sebab tu dia tolong amik video supaya Mama ada dalam video ni sekali 🥹 Baik sangat Aunty 🤍 Semoga Aunty sentiasa sihat & bahagia disamping keluarga Dia duduk dekat meja belakang tu. Perasan tak dalam video ni, dia nak bangun. Rupanya bangun sebab nak pegi dekat meja kita 🥹

♬ original sound – Ros Afida – Ros Afida

Ramai puji dan terharu tindakan makcik bantu rakam momen manis keluarga berkenaan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji serta terharu dengan makcik berkenaan kerana sudi membantu mengambilkan gambar keluarga berkenaan ketika meraikan momen manis itu.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka merupakan individu yang sentiasa berada di belakang kamera untuk merakam momen indah.

Ada juga yang mengakui apa yang dikatakan oleh makcik tersebut dan mengatakan galeri di dalam telefon mereka kebanyakannya gambar suami dan anak.

“Bagusnya aunty tu, tapi betullah apa dia kata tu. Kebanyakan mak tiada momen dalam video sebab mak yang tolong rakam, sebaknya..”
“Nak nangis rasa baca kapsyen. Galeri fon saya hampir 90% rakam muka suami dan anak. Gambar saya ada tapi selfie sendiri jelah”
“Betul, bila tengok gambar-gambar masa kecil, gambar dengan arwah mak tak banyak. Sebab dia yang capture tu semua. Sekarang saya dah ambil pengarajaran, saya dan suami wajib ada dalam gambar anak.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.