fbpx
Now Reading
Harta Disita, Datuk Vida Mohon Beri Ruang & Dedah Dah Lantik Peguam

Harta Disita, Datuk Vida Mohon Beri Ruang & Dedah Dah Lantik Peguam

Pada masa yang sama, anak perempuan Datuk Seri Vida, Cik B menerusi satu hantaran di Instagram Story meminta agar orang ramai bersabar berhubung isu sita yang membabitkan ibunya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (25 November), kecoh di media mengenai laporan barangan rumah dan kenderaan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) disita selepas dia gagal melangsaikan hutang bernilai lebih RM1 juta pada tahun 2018.

Perintah sita itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Datuk Vida tidak membayar hutang berjumlah RM1,060,285 kepada syarikat kontraktor, Ah Design Communication yang dilantik bagi melakukan kerja pengubahsuaian sebuah kilang di Shah Alam, Selangor menjadi studio.

Selain barangan di dalam rumah, empat kereta mewah milik pengasas produk Qu Puteh yang terdiri daripada dua buah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7 turut disita.

Laporan itu nyata mengejutkan ramai pihak apatah lagi beberapa hari sebelum itu tular hantaran yang menunjukkan Datuk Vida memindahkan wang berjumlah RM70,000 kepada anak perempuanya, Cik B.

Datuk Vida Dah Lantik Peguan & Mohon Beri Ruang

Terbaharu, Datuk Vida menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya tampil membuka mulut berhubung isu sita semalam.

Jelas Datuk Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, dia memandang serius dan akan memberi kerjasama penuh berhubung isu berkenaan.

Malah, dia juga menjelaskan telah melantik peguam bagi membantunya berhubung isu berkenaan.

“Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang.

“Saya amat menghargai sokongan semua pihak dan berharap agar diberi ruang untuk menangani perkara ini dengan tenang dan profesional,” tulisnya di hantaran tersebut.

Cik B Minta Orang Ramai Bersabar

Pada masa yang sama, anak perempuan usahawan berkenaan, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlyn Zamileen Muhammad Amin menerusi satu hantaran di Instagram Story meminta agar orang ramai bersabar berhubung isu sita yang membabitkan ibunya itu.

“Guys, sabar la pasal yang kena sita tu. Insya-Allah semua akan okay,” tulis Cik B di hantaran tersebut.

Foto: Tangkap Layar IG Story

Tuntutan Dibuat Sejak Tahun 2018

Dalam pada itu, wakil syarikat kontraktor berkenaan, Mohamad Taufik Kamarul menjelaskan tuntutan tunggakan bayaran tersebut sudah dibuat sejak tahun 2018 lagi.

“Kami terpaksa mengambil tindakan sita sebab kami sudah beberapa kali cuba berbincang.

“Pernah berurusan peguam dengan peguam untuk penyelesaian tapi tiada maklum balas, jadi kami tiada pilihan selain daripada tindakan yang kami lakukan hari ini.

“(Jumlah tunggakan) untuk penghakiman yang kami ada prinsipalnya lebih RM800,000, tambah faedah lebih kurang RM1.06 juta. Buat masa ini, ini penghakiman yang kami peroleh,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Malah, Mohamad Taufik mengharapkan agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Kami tiada niat untuk menyita barang-barang beliau. Kalau benda ini selesai sebelum tempoh penyitaan, kita sedia tarik balik penyitaan.

“Selama enam tahun saya tunggu (bayaran tunggakan), agak lama juga sebenarnya,” ujarnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Vida Dedah Tak Tahu Premis Diserbu & Produk Salted Egg Salmon Skin Disita, Akan Beri Kerjasama

Baca Artikel Berkaitan: “Ia Tidak Rugikan Pelanggan” – Vida Dakwa Trend ‘Cedok’ Yang Dilakukannya Patuh Syariah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.