Lelaki Kongsi Makan Steak Di Restoran Saltbae RM13,000 Raih Perhatian [Video]
Menurut Daddymin, dia dicaj RM10,000 untuk memanggil Saltbae atau nama sebenarnya Nusr-Et bagi memotong daging steak di mejanya sewaktu berkunjung ke restoran berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Steak merupakan salah satu jenis makanan yang berasal dari negara barat, namun ia diterima baik oleh kebanyakan negara.
Malah mereka yang mengemari makanan ini juga boleh memilih cara daging tersebut dimasak seperti masak sepenuhnya (well done), separuh masak (medium well), mentah (rare) dan sebagainya.
Jika hendak disenaraikan kedai steak yang terkenal di seluruh dunia ini tentu sahaja banyak namun antara yang sering menjadi perhatian adalah Nusr-Et Steakhouse.
Di mana pemiliknya dikenali sebagai Nur-Et atau Saltbae yang terkenal dengan cara signature menaburkan garam pada steak di restorannya.
Lelaki kongsi pengalaman makan steak di restoran mewah, Nusr-Et
Baru-baru ini, seorang lelaki, Daddymin yang juga warga Malaysia telah berkongsi pengalamannya berkunjung ke restoran terkemuka itu di cawangan Dubai bersama keluarganya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Daddymin di TikTok, dia telah memesan daging steak berharga RM13,000 sewaktu berkunjung di restoran berkenaan.
Dalam video sama, Daddymin turut menunjukkan Saltbae sedang memotong daging di meja pelanggan berdekatan dan memaklumkan akan memanggil pemilik restoran berkenaan untuk melakukan perkara sama di mejanya.
“Tengok meja sebelah, kejap lagi aku panggil dia. Tak sabar ni, tapi takut juga. Takut mahal gila,” ujar Daddymin.
Turut panggil Saltbae untuk potong daging
Selepas membuat pesanan dan menunggu akhirnya tiba giliran Saltbae untuk beraksi memotong daging di mejanya.
Apa yang menjadi perhatian, pemilik restoran tidak ketinggalan membuat signature garam yang sering dinanti-nantikan oleh pengunjung di restoran berkenaan.
Steak yang dipesan oleh Daddymin turut dilihat seperti dibalut dengan emas. Selain itu, Saltbae turut menyuapkan daging yang telah dipotong kepada lelaki terbabit.
Sifatkan daging lembut, dicaj RM10,000 untuk panggil Saltbae potong daging
Ahli keluarga yang menikmati steak tersebut juga menyifatkan daging dimakan mempunyai tekstur yang lembut.
Di akhir video, Daddymin memaklumkan harga yang dicaj untuk pemilik itu datang ke meja dan memotong daging berharga RM10,000.
Perkongsian video undang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai
Melihat di ruangan komen, perkongsian video mengundang pelbagai reaksi ada yang bertanya pelbagai soalan kepada Daddymin mengenai restoran tersebut.
Tidak kurang juga ada yang mendakwa Saltbae yang memotong daging itu mungkin adalah klon kerana dia dilihat berada di beberapa cawangan dan mereka kelihatan sama.
Namun Daddymin mengatakan itu adalah pemilik sebenar dan dia mempunyai musim untuk berada di tempat berlainan.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat berbelanja sehingga RM13,000 untuk makan di sebuah restoran sebagai perkara membazir.
Video memaparkan lelaki itu makan di kedai steak terkemuka berkenaan turut tular di X dan mendapat respon yang sama.
Makan daging harga RM 13k, nampak la muka tu berubah bila tengok bil 😨
— 🇲🇾 (@localrkyt) November 24, 2024
📹daddymin89 pic.twitter.com/AWkrHIHqI0