Ramai Teruja Lihat Isteri Surprise Suami Jemput Imran Ajmain Menyanyi Di Majlis Perkahwinan [Video]
Melalui perkongsian tersebut, Imran Ajmain menyampaikan dua buah lagu popularnya iaitu Selamat Ulang Tahun Sayang dan Seribu Tahun buat pengantin itu di hari persandingan mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika sudah namanya cinta, setiap individu pasti akan melakukan sesuatu bagi membahagiakan yang tersayang tanpa mengira masa dan wang ringgit.
Setiap orang pula mempunyai cara tersendiri dalam membahagiakan pasangan mereka.
Ada yang membuat kejutan dengan cara membawa pasangan pergi bercuti ada juga yang sanggup berkorban wang demi memenuhi impian kekasih hati.
Jemput Imran Ajmain Sebagai Hadiah Hari Jadi Di Majlis Perkahwinan
Itulah yang dilakukan oleh seorang pengantin perempuan apabila menjemput penyanyi kegemaran suaminya ke majlis perkahwinan mereka.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok pengantin lelaki itu sendiri @mynameiseepan, dia berkongsikan detik bahagia itu ketika melihat penyanyi Imran Ajmain membuat kemunculan di majlis perkahwinannya itu.
Melalui perkongsian berkenaan, kedengaran lelaki yang dikenali sebagai Irfan itu menjerit keriangan kerana tidak menyangka dengan kejutan yang diterima.
Malah, dia terus melihat kepada pengantin perempuan yang berada di sebelahnya pada ketika itu seolah-olah tidak percaya dengan kemunculan penyanyi berkenaan.
Irfan juga dilihat mengesat air mata dipercayai terharu dengan kejutan yang dibuat oleh isterinya di hari bahagia mereka.
Namun, dia kekal tenang dan teruja menikmati persembahan dari penyanyi kelahiran Singapura itu.
Imran Ajmain Terima Jemputan Daripada Pengantin Perempuan, Sampaikan Dua Buah Lagu
Melalui perkongsian tersebut, penyanyi berkenaan mendedahkan kehadirannya ke majlis perkahwinan itu atas permintaan pengantin perempuan yang mahu memberi kejutan kepada Irfan.
“Saya hadir disini atas undangan pengantin perempuan, rupa-rupanya kejutan yang sangat mengejutkan,” kata Imran kepada tetamu yang hadir.
Melalui perkongsian itu juga, Imran menyampaikan dua buah lagu popularnya iaitu Selamat Ulang Tahun Sayang dan Seribu Tahun.
Lebih menarik, ada ketikanya Imran menjemput pengantin lelaki itu turut menyanyikan lagu bersamanya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana memberi kejutan Imran Ajmain sebagai tetamu istimewa sempena hadiah hari jadi di hari perkahwinan kita.
“You’re the best wife ever! Saya juga kagum dengan suara Imran Ajmain. Masya-Allah, tengoklah dia, tinggi dan sangat merendah diri.
“Thank you abang (Imran Ajmain) kerana sudi datang ke wedding saya.” tulis Irfan di kapsyen.
Ramai Teruja Lihat Kejutan Isteri Kepada Suami, Siap Ada Yang Mahu Jemput Imran Ajmain
Video yang telah mendapat 1.3 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, majoriti daripada mereka turut sama teruja melihat kejutan yang dibuat oleh pengantin perempuan.
Tidak kurang juga ada yang tersentuh melihat reaksi lelaki itu yang menangis terharu namun teruja menerima kejutan daripada isterinya.
Malah, ada pengguna media sosial yang meminati penyanyi itu turut tertanya berapakan kadar yang dikenakan oleh penyanyi tersebut sekiranya mahu mengundangnya untuk membuat persembahan.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Sebak Tengok Muka Pengantin Lelaki Teruja Dengan Imran Ajmain, Nampak Dia Hargai Betul Kejutan Isteri Dia”
“Kalau Aku Kena Surprise Ni, Aku Pun Menangis Macam Bro Ni Juga, Excitedlah”
“Berapa Rate Imran Ajmain, Nak Start Kumpul Duit Ni”
“Kita Yang Tengok Ni Tersenyum Dari Mula Sampai Habis. Dapat Rasa Teruja Tu, Selamat Pengantin Baru”
“Kalau Aku Jadi Pengantin Lelaki, Aku Pun Tak Rilek Wei, Bini Buat Surprise Panggil Imran Ajmain Kot”
Baca Artikel Berkaitan: “Tenang Betul!” – Reaksi Wanita Dapat Kejutan Motosikal Daripada Suami Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terharu Lihat Lelaki Buat Persediaan Sambut Anniversary Untuk Isteri [Video]