fbpx
Now Reading
“Best Decision”- Ramai Puji Lelaki Beri Tempat Duduk Tepi Tingkap Dalam Pesawat Kepada Makcik [Video]

“Best Decision”- Ramai Puji Lelaki Beri Tempat Duduk Tepi Tingkap Dalam Pesawat Kepada Makcik [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan makcik berkenaan seolah-olah sedang menikmati pemandangan dari tingkap selepas pemuda itu memberikan tempat duduk kepadanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui tidak semua orang berpeluang untuk menaiki pesawat. Ini kerana, tiket untuk menaiki pesawat kebiasaannya berharga sedikit mahal berbanding pengangkutan awam yang lain.

Malah ada yang sudah meniti usia baru berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki kenderaan yang terbang di atas awan itu.

Apabila menaiki pesawat ada segelintir yang mungkin suka untuk duduk di tepi tingkap supaya dapat melihat pemandangan dari atas.

Tindakan lelaki beri tempat duduk tepi tingkap dalam pesawat kepada makcik jadi perhatian

Baru-baru ini, tindakan seorang lelaki telah menjadi perhatian ramai apabila dia sudi memberikan tempat duduknya kepada seorang makcik.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Firdaus Jaidil di TikTok, awalnya dia menaiki pesawat tersebut dipercayai dari Sarawak untuk ke Kuala Lumpur.

Sebaik berada di dalam kapal terbang itu, Firdaus kemudian mengambil keputusan untuk memberikan tempat duduknya yang berada di sebelah tingkap kepada seorang makcik.

Makcik nikmati pemandangan dari tingkap sepanjang perjalanan

Jelasnya pemberian tempat duduk itu kepada makcik berkenaan ternyata merupakan satu keputusan yang terbaik dilakukan olehnya sebaik melihat gelagat makcik tersebut semasa berada di pesawat.

Dalam video sama kelihatan makcik berkenaan asyik memandang ke arah tingkap dipercayai sedang menikmati permandangannya.

“Memberikan tempat duduk di sebelah tingkap kepada seorang makcik mungkin adalah salah satu keputusan yang terbaik pada hari itu.

“Kerana dia menikmati pemandangannya di sepanjang penerbangan,” ujarnya dalam video tersebut.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Firdaus turut berasa terharu.

Ramai puji tindakan lelaki beri tempat duduk pada makcik

Melihat di ruangan komen ramai yang memuji tindakan Firdaus kerana memberikan tempat duduk tersebut kepada makcik berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka pernah melakukan perkara sama kepada penumpang yang ditemui sewaktu menaiki kapal terbang.

“Terima kasih bang, semoga duit dalam akaun bank abang sentiasa cukup untuk menjalani kehidupan seharian tanpa perlu berhutang dengan sesiapa.”

“Terbaik anak muda, Allah SWT bersama kamu.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.