“Hebat Dik!” – Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Bawa Ibu Ada Masalah Penglihatan Datang Ke Klinik Kesihatan
Jelas pengguna berkenaan, dia kagum melihat kehebatan kanak-kanak kecil itu membawa ibunya yang mempunyai masalah penglihatan bagi melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kehidupan kanak-kanak sememangnya tidak lari dari dunia imaginasi dan permainan. Kebiasaannya, pada peringkat umur sebegini, kehidupan mereka dipenuhi dengan aktiviti bermain selain daripada mempelajari perkara baharu.
Jarang sekali kedengaran kanak-kanak mengambil tanggungjawab orang dewasa khususnya menjaga ibu atau bapa mereka.
Namun disebabkan keadaan yang memaksa, ada di antara golongan ini yang dilihat menjaga ibu bapa mereka di usia muda.
Datang Bersama Ibu Ada Masalah Penglihatan Pergi Klinik Kesihatan
Itulah yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berusia tujuh tahun yang menemani ibunya ke Klinik Kesihatan (KK) Perda, Pulau Pinang.
Melalui video yang dikongsikan di TikTok @mrbennjo, pengguna itu berkongsikan detik pertemuannya bersama si cilik yang dikenali sebagai Aisyah.
Jelas lelaki berkenaan, dia kagum melihat kehebatan kanak-kanak itu membawa ibunya yang mempunyai masalah penglihatan bagi melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan tersebut.
Tambahnya, walaupun kanak-kanak tersebut masih kecil, namun ramai orang di klinik berkenaan membantu dia dan ibunya yang melakukan check-up di situ.
Malah, tindakan kanak-kanak itu yang dilihat matang dari usianya nyata menyentuh hati pengguna berkenaan.
“Hebat hang (awak) dik! Hang bawa emak (mata tak nampak) mai (datang) klinik kesihatan jumpa doktor. Lepas tu, pergi dekat kaunter ubat sambil tunggu nombor D054, hang main jengket-jengket.
“Dekat kaunter ubat, depa (diorang) dok terang dekat hang ubat minum banyak ni, banyak ni, hang angguk faham (betul ke faham tak tahulah).
“Semua orang dekat KK tolong hang tadi tak kira tok wan Cina ke, tok India ke. Semoga hang berjaya dunia dan akhirat.
“Uncle pun tak tahu nak kata apa. Hebat jalan cerita hidup hang hari ini, untuk kami faham macam mana tentang kehidupan,” tulis pengguna berkenaan menerusi ruang kapsyen.
Ramai Tersentuh, Ada Yang Berhasrat Mahu Hulurkan Bantuan
Video carousel yang telah mendapat lebih 328,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, majoriti daripada mereka meluahkan rasa kagum dan memuji kebolehan kanak-kanak tersebut yang menjaga dan menemani ibunya ke klinik walaupun usianya masih kecil.
Ada juga segelintir turut berkongsi pengalaman pernah berjumpa dengan kanak-kanak berkenaan yang dilihat sentiasa bersama dan menjadi ‘mata’ kepada ibunya.
Malah, disebabkan sikap baiknya itu, ramai yang mendoakan agar urusan si comel ini dipermudahkan dan dia dikurniakan kejayaan dunia serta akhirat.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan hasrat mahu menghulurkan bantuan buat keluarga si kecil ini.
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Kami Besar Aisyah Ni, Mak Ayah Yang Pimpin Tangan Kami”
“Memang Bagus Adik Ni. Ke Mana Saja Dia Pimpin Tangan Mak Ayah Dia. Saya Duduk 1 Blok Dengan Dia”
“Nangis. Akak Mampu Hantar Sampai Kaunter & Jemput Masa Balik Je”
“Macam Mana Nak Tolong Bagi Apa-Apa Dekat Adik Ini Ye?”
“Berkat Jaga Ibu, Semoga Allah Sentiasa Rahmati Hidup Kamu Dik”
Baca Artikel Berkaitan: Kegigihan Kanak-Kanak 12 Tahun Jaga Ibu Sakit Di Hospital Buat Ramai Berendam Air Mata [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tak Dapat Hadir Ambil Result SPM Kerana Jaga Ibu Sakit, Pelajar Sebak Guru Datang Bawa Keputusan 11A [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tiga Beradik Jaga Ibu Dengan Penuh Kasih Sayang Ketika Di Hospital Undang Perhatian Ramai [Video]