fbpx
Now Reading
Gelagat Pakcik Jual Nasi Lemak Sambil Rancak Menyanyi & Menari Buat Ramai Terhibur [Video]

Gelagat Pakcik Jual Nasi Lemak Sambil Rancak Menyanyi & Menari Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan pakcik tersebut memakai pelitup muka sebagai langkah kebersihan meskipun dia asyik menyanyi dan menari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menceburi bidang perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi seseorang itu menjual barangan makanan.

Malah terdapat beberapa proses dalam menyediakan makanan termasuklah membeli barangan mentah, memasak, membungkus selain peniaga perlu memastikan makanan yang disediakan bersih dan berkualiti untuk dijual.

Bukan hanya itu, peniaga juga melakukan pelbagai jenis teknik pemasaran untuk menarik perhatian pelanggan datang ke kedai mereka.

Pakcik jual nasi lemak sambil menyanyi dan menarik raih perhatian

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pakcik yang juga peniaga menjual makanan di Pasar Malam SS2 apabila aksinya menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh HeyFood Malaysia, awalnya kelihatan mereka telah menemubual seorang pakcik yang menjual nasi lemak atau gerainya dikenali sebagai Nasi Lemak Sudu.

Apa yang menjadi perhatian, pakcik ini bukan sekadar menjual, bahkan pelanggan turut tertarik dengan aksi uniknya sewaktu menyediakan makanan.

Cara unik tarik perhatian dan hiburkan pelanggan

Dalam video tersebut, kelihatan pakcik berkenaan menyanyi dan menari untuk menghiburkan pelanggan yang datang sambil menyebut perkataan ‘Nasi Lemak’.

Bukan hanya itu, dia turut menerangkan mengenai lauk yang ada pada Nasi Lemak dijual dengan penuh ceria sambil menari.

Antara lauk yang ada dijualnya adalah ayam, udang, daging dan juga kambing.

Apa yang lebih unik nasi lemak yang dijual pakcik tersebut berwarna kuning dan turut dihiasi dengan ikan bilis serta telur goreng.

@heyfoodmalaysia

Spotted a funny uncle selling Nasi Lemak! 📍Nasi Lemak Sudu, SS2 Night Market ⏰ Monday (5pm onwards) ☎️ 014-6969 594 #makanviral #makanlokal #nasilemak #nasi #ss2nightmarket

♬ original sound – HEYFOOD Malaysia – HEYFOOD Malaysia

Turut pakai pelitup mulut untuk jaga kebersihan, gelagat pakcik buat ramai terhibur

Selain nasi lemak, pakcik berkenaan turut menjual bihun siam dan harga untuk makanannya sekitar RM7-8 bergantung pada lauk yang diambil. Meskipun asyik menyanyi dan melayan pelanggan dengan penuh semangat, pakcik ini turut memakai pelitup muka untuk memastikan makanan dijual bersih.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan aksi bersemangat pakcik ini sewaktu menjual.

Malah ada yang mengatakan perkara itu membuatkan mereka ingin ke gerai pakcik itu untuk mencuba makanan dijualnya.

Dalam satu ruangan komen seorang pengguna bernama Man yang dipercayai adalah pakcik tersebut memaklumkan dia menjual nasi lemak di beberapa pasar malam iaitu:

  • TTDI Damansara setiap Isnin
  • SS2 setiap Rabu
  • Taman Connaught setiap Jumaat
  • Taman Segar setiap Sabtu

Perkongsian video aksi pakcik tersebut menjual turut menjadi tular di X, malah ada segelintir dari pelanggannya menyifatkan nasi lemak dijual sedap.

“Pakcik ni boleh jual nasi lemak dalam disco. Kalau macam ni punya gaya”

“Nasi lemak abang ni memang top. Dulu jual tepi jalan je..”

“Kalau kau murung boleh singgah kedai abang ni, confirm terhibur”

“Biarlah pakcik ni nak bergembira sambil meniaga. Janji dia tak buat mata putih macam brader…”

“Support peniaga yang pakai pelitup muka. Tak tahan tengok peniaga tak pakai pelitup muka tapi cakap banyak atas makanan, bersembur air liur.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.