fbpx
Now Reading
Graduan Pilih Perodua Myvi & Axia Sebagai Kereta Pilihan Untuk ‘Fresh Grad’ Jadi Perhatian [Video]

Graduan Pilih Perodua Myvi & Axia Sebagai Kereta Pilihan Untuk ‘Fresh Grad’ Jadi Perhatian [Video]

Video tersebut jelas menunjukan bahawa kenderaan jenama tempatan sememangnya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutamanya yang baru memasuki alam pekerjaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap graduan yang berjaya menamatkan pengajian, pasti ada sesuatu yang telah dirancang mereka sebaik melangkah ke alam pekerjaan nanti.

Mungkin ada yang mengimpikan untuk berkahwin, memiliki rumah pertama dan membeli kereta yang diimpikan selama ini.

Namun, perkara itu perlulah dirancang dengan teliti dan mengikut kadar gaji, jika tidak, ia pasti akan mendapatkan masalah bebanan komitmen di kemudian hari.

Graduan pilih kereta jenama tempatan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video temu ramah sebuah produksi, Khulafa Production bersama segelintir graduan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengenai kereta yang sesuai dipakai atau dibeli oleh ‘fresh graduate’.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok Khulafa Production, kelihatan kebanyakan graduan itu lebih memilih kenderaan jenama tempatan.

“Nampaknya student UiTM kebanyakkan suka kereta jenama tempatan,” tulis di ruangan kapsyen.

Graduan rasa ‘fresh grad’ sesuai beli Perodua Myvi dan Axia

Dalam video sama, kelihatan rata-rata mahasiswa dan mahasiswi berpendapat bahawa graduan lebih sesuai membeli kereta Perodua Myvi dan Perodua Axia.

Kebanyakan mereka berkemungkinan memilih kedua-dua model tersebut kerana harganya yang mampu milik dan memiliki ciri-ciri keselamatan yang canggih seperti Advanced Safety Assist (ASA).

Temu ramah itu jelas menunjukan bahawa kenderaan jenama tempatan sememangnya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutamanya yang baru memasuki alam pekerjaan.

Video berdurasi 32 saat itu mendapat lebih daripada 249,800 tontonan dan kira-kira 5,400 tanda suka di TikTok setakat artikel ini ditulis.

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang setuju dan sebagainya

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video terbabit.

Segelintir orang bersetuju dengan graduan-graduan berkenaan yang memilih Myvi dan Axia sebagai kereta yang sesuai dibeli oleh golongan ‘fresh grad’.

Namun, ada pula yang berpendapat terdapat kereta-kereta jenama tempatan yang lain yang lebih murah dan sesuai untuk dipakai antaranya Perodua Bezza dan Proton Saga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.