Kereta Dipercayai Dilanggar Pemandu Mabuk, Tangisan Wanita Curi Perhatian Ramai [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah pemandu lelaki terbabit yang dipercayai menjadi punca kepada kemalangan telah meminta agar masing-masing menanggung kerosakan kenderaan sendiri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai pengguna jalan raya, setiap orang dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
Namun dalam pada seseorang itu mengikut peraturan, ada ketikanya kita tidak dapat mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya.
Bagi kebanyakan orang, terlibat dengan kemalangan adalah satu insiden yang menakutkan hingga kadang kala boleh mendatangkan trauma dan rasa takut kepada individu terlibat.
Malah, ada segelintir yang akan berasa keliru dan tidak tahu apa yang harus dilakukan apatah lagi jika pertama kali berhadapan dengan keadaan sedemikian.
Wanita Menangis Selepas Kereta Dipercayai Dilanggar Pemandu Mabuk
Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila dia dilihat menangis selepas kereta Perodua Axia miliknya dilanggar oleh seorang individu yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk.
Menerusi video yang dikongsikan semula di Facebook Vetrionline, kelihatan wanita berkenaan pada mulanya dilihat bersama seorang lelaki sedang ‘berunding’ antara satu sama lain selepas kedua-duanya terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat Perodua Axia milik wanita itu kemek di bahagian bonet hadapan dan nombor plat kenderaannya pecah.
Kereta Perodua Aruz milik lelaki berkenaan juga turut mengalami kemek di bahagian sama.
Pemandu Kereta Aruz Minta Masing-Masing Tanggung Kerosakan Sendiri
Apa yang menjadi perhatian adalah pemandu lelaki terbabit yang dipercayai menjadi punca kepada kemalangan tersebut meminta agar masing-masing menanggung kerosakan kenderaan sendiri.
“You repair you punya kereta, saya repair saya punya kereta,” kata pemandu lelaki itu.
Namun, kenyataan lelaki itu tidak dapat diterima oleh wanita itu. Malah, dia dilihat terus merayu kepada lelaki tersebut agar bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.
Walau bagaimanapun, tindakan wanita itu hanya sia-sia apabila lelaki itu terus tidak mengendahkan rayuannya dan tetap berkeras dengan pendiriannya.
Malah, kedengaran pemandu lelaki itu pula yang menyalahkannya dan mengatakan wanita berkenaan yang melanggarnya.
Tidak hanya itu, pemandu lelaki itu yang dilihat hanya memakai selipar pada sebelah kaki turut merakam gambar kenderaan miliknya dan wanita itu sebelum berlalu pergi.
Wanita Terus Menangis, Ditenangkan Oleh Orang Sekeliling
Melihat tindakan lelaki berkenaan, kedengaran wanita itu terus menangis dan meraung seolah-olah tidak dapat menerima apa yang telah berlaku.
Namun, dia ditenangkan oleh orang ramai yang memintanya untuk segera pergi ke balai polis bagi membuat laporan berhubung kejadian berkenaan apatah lagi mereka melihat lelaki berkenaan seperti berada dalam keadaan mabuk.
“Pergi report dulu. Dia mabuk tu, pergi report. Sekarang pergi report, dia mabuk,” kata orang ramai yang menenangkan wanita itu,
Walau bagaimanapun, wanita itu dilihat terus menangis malah kelihatan tangannya menggigil seperti ketakutan.
kak xpya nagis pergi report shj la !!! polis hantar saman dia …kereta blh buat insurance kereta. kalau u tak salah la !! #follow_page_for_more_info
Posted by Vetri Online on Tuesday 26 November 2024
Apa Patut Buat Jika Terlibat Kemalangan?
Buat anda yang tidak pernah berdepan dengan kemalangan, di bawah kami kongsikan beberapa langkah yang boleh diambil sekiranya berhadapan dengan situasi sedemikian.
- Bertenang
- Dapatkan maklumat penting
- Simpan nombor telefon saksi
- Hubungi ejen syarikat insurans
- Dapatkan rawatan di hospital
- Buat laporan polis
- Lakukan proses tuntutan insurans
Ramai Geram Dengan Pemandu Lelaki, Ada Juga Yang Persoal Tindakan Wanita Menangis
Video yang tular di Facebook dan mendapat lebih 8,000 tanda suka itu nyata menarik perhatian ramai.
Menjengah ke ruangan komen, ramai mempersoalkan tindakan wanita itu yang dilihat terus menangis.
Ini kerana mereka berpendapat wanita itu tidak seharusnya bertindak sedemikian dan sepatutnya terus membuat laporan polis.
Namun, ada yang berpendapat wanita itu berkemungkinan buntu atau mengalami serangan panik (panic attack) akibat insiden berkenaan.
Tidak kurang juga ramai yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pemandu lelaki itu yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan.
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Nangis Dah Macam Kena Apa Entah. Rileks Dah La, Tenang Pergi Balai, Report Settle”
“Tengok Dia Menangis & Shaking Tu Nampak Dia Kena Panick Attack Dah”
“Kesian Adik Ini. Mungkin Dia Tak Pernah Melalui Kemalangan Sebegini”
“Dah Minum Duduk Rumah Je, Jangan Bagi Orang Lain Susah”
“Salah Jumpa Perempuan, Kalau Jumpa Perempuan Gila Macam Aku, Memang Berkicap Muka”
“Kesian Dekat Adik Ni, Dah Kena Panic Attack. Deal Dengan Orang Macam Tu. Semoga Dipermudahkan”
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Wanita Pandu Axia Kekal Tenang & Sempat Bergurau Lepas Terbabit Kemalangan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Setiap Hari Isteri Saya Menangis” – Lelaki Kesal, Anak Maut Akibat Kecuaian Pemandu Lori Terlebih Muatan [Video]