fbpx
Now Reading
“New King” – Pemandu Perodua Axia Nekad Redah Air Banjir Curi Perhatian [Video]

“New King” – Pemandu Perodua Axia Nekad Redah Air Banjir Curi Perhatian [Video]

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di hadapan Klinik Kesihatan Kok Lanas, Kelantan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pada ketika ini, Malaysia sedang mengalami monsun timur laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh.

Situasi sebegitu menyebabkan kebanyakan negeri di Malaysia mengalami cuaca hujan lebat berterusan khususnya di kawasan pantai timur.

Lebih teruk, ada beberapa kawasan berkenaan khususnya di Kelantan telah dinaiki air hingga menyebabkan 30,000 mangsa terjejas dan ditempatkan di 150 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Malah, beberapa jalan utama juga turut dinaiki air hingga menyukarkan pergerakan kenderaan hingga ada yang terpaksa berhenti terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

Perodua Axia Selamba Redah Air Banjir

Namun, lain pula dengan pemandu sebuah kereta Perodua Axia ini yang dilihat selamba meredah air banjir.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun @myrasinitchi, kelihatan Perodua Axia berkenaan meredah air banjir setinggi paras lampu kereta berkenaan.

Namun, mungkin kemahiran pemandu kereta berkenaan mengawal kenderaannya menyebabkan kereta itu berjaya melepasi air berkenaan.

Ramai Bersorak Bila Lihat Kereta Perodua Axia Berjaya Lepas Air Banjir

Apa yang menjadi perhatian adalah rupanya tindakan pemandu Perodua Axia itu rupanya dilihat oleh beberapa orang individu lain yang kebetulan berada di tepi laluan berkenaan.

Malah, kedengaran mereka bersorak dan memberikan tepukan kepada kereta berkenaan atas kejayaannya itu.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di hadapan Klinik Kesihatan Kok Lanas, Kelantan.

@myrasinitchi_

Dengar kato mokcik hok bowok , jatuh ko Axia king tahun ni deh 🤣 #koklanas #banjir2024 #271124

♬ bunyi asal – B U N G A • – B U N G A •

Pengguna Media Sosial Beri Pendapat Masing-Masing

Video yang telah mendapat lebih 771,000 tontonan dan dikongsikan di Instagram nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata daripada mereka terhibur dalam masa yang sama terkejut dengan tindakan pemandu Perodua Axia itu yang dilihat selamba meredah banjir berkenaan.

Malah, ada yang turut meluahkan rasa risau sekiranya kereta berkenaan akan mengalami kerosakan akibat daripada perbuatan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sendiri kereta mereka mengalami kerosakan selepas meredah banjir.

Jangan Berani Ambil Risiko Redah Banjir – Bomba

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu berani mengambil risiko meredah arus banjir tanpa menilai beberapa faktor seperti kemampuan kenderaan, paras air dan arus.

Menurut Ketua Pengarah JPBPM, Datuk Nor Hisham Mohamad, keyakinan yang melampau (overconfident) boleh mengundang pelbagai risiko termasuk kehilangan nyawa.

Ia harus dielakkan khususnya oleh pemandu kenderaan ringan memandangkan kedalaman air dan kekuatan arus banjir tidak dapat dijangka serta boleh membahayakan keselamatan, lapor Astro Awani.

Jika Terpaksa Redah Banjir, Ini Tips Selamat Untuk Anda

Jika anda benar-benar terpaksa meredah banjir ini beberapa langkah yang anda boleh lakukan:

  1. Menilai kedalaman air banjir terlebih dahulu
  2. Matikan penyaman udara
  3. Perlahankan kelajuan kereta
  4. Jangan ikut kenderaan hadapan terlalu rapat
  5. Elakkan daripada berhenti di tengah-tengah banjir
  6. Jangan hidupkan semula enjin jika kenderaan tiba-tiba berhenti
  7. Sekiranya anda berjaya meredah banjir, tekan brek dengan lembut untuk kuruangkan sistem brek sebelum ia digunakan seperti biasa.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Axia Dah King Sekarang, Dulu Myvi King”

“Kita Dah Kena Dah, Baiki Habis 800”

“Terpaksa La Tu, Takda Pilihan”

“Bahaya Wei Redah Macam Ni. Kereta Myvi Saya Cuma Langgar Lecak Or Lopak Hujan Terus Naik Simbol AP”

“Jalan Depan, Tengok-Tengok Dah Tersangkut Dekat Tengah Jalan”

“Risau Juga, Kalau Dok Tersangkut Sorang-Sorang Pun Risau, Apa Tips Kalau Kena Redah Juga?”

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Bezza Redah Banjir Hingga Separuh Tenggelam Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kebanyakan Kereta Perodua Seperti Myvi Boleh Redah Banjir? Ini Sebabnya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.