fbpx
Now Reading
“Nice People”- Ramai Rakyat AS Amerika Cam Bendera Malaysia Selepas Ditanya Mark Odea [Video]

“Nice People”- Ramai Rakyat AS Amerika Cam Bendera Malaysia Selepas Ditanya Mark Odea [Video]

Menerusi video dimuat naik Mark Odea tersebut, terdapat peserta memuji mereka sukakan masyarakat Malaysia yang disifatkan baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia merupakan sebuah negara kecil yang berada di Asia Tenggara serta berdekatan dengan Indonesia, Thailand, serta Singapura.

Malah negara ini juga kaya dengan pelbagai budaya, agama dan kaum serta mempunyai masyarakat yang hidup secara majmuk.

Mark Odea buat ekperimen sosial kenal bendera Malaysia atau tidak di ‘US’

Baru-baru ini influencer Mark Odea telah menarik perhatian ramai apabila melakukan eksperimen sosial kepada masyarakat di Amerika Syarikat (AS) dengan menunjukkan bendera Malaysia.

Menerusi video tersebut, awalnya kelihatan Mark berada di sebuah kawasan awam dengan memakai jersi bola sepak Malaysia bertanya adakah mereka mengenali bendera tersebut.

Dalam video itu, Mark yang menutup bendera pada jersi tersebut dengan satu baju kemeja (outer wear) akan mendedahkannya sebaik sebaik soalan ditujukan.

“Do you know this flag (adakah anda kenal bendera ini)?” soalnya.

Ramai puji Malaysia ada masyarakat yang baik

Meskipun pada mulanya ia sedikit sukar segelintir peserta untuk menekanya namun apabila Mark memaklumkan ia sebuah negara yang berada di Asia Tenggara mereka terus menjawab ‘Malaysia!’

Beberapa peserta yang disoal dapat menjawab soalan Mark dengan pantas. Malah ada segelintir darinya mengatakan mereka pernah mengunjungi Malaysia.

“Apakah perkara kesukaaan anda mengenai Malaysia?” soal Mark.

“Saya rasa masyarakatnya, makanan yang baik,” kata peserta keempat itu. Dia juga memaklumkan tempat yang dilawatinya adalah Kuala Lumpur.

Ada yang puji pantai Malaysia cantik

Apa yang menjadi perhatian, peserta keempat itu turut meletakkan duit RM1 dalam koleksi duitnya yang menjelajah di beberapa negara.

Peserta keenam pula sangat teruja apabila soalan tersebut dijawab dengan betul.

“Saya mendengar masyarakatnya sayang baik, pantai di sana juga cantik. Saya suka menyelam,” ujar peserta keenam itu.

Mark kemudian mengatakan pantai di Malaysia di antara yang terbaik di dunia.

Manakala salah seorang daripada peserta turut menghubungi rakannya untuk bertanya sekiranya mengenali bendera berkenaan dan dia dapat menjawab dengan betul apabila menyebut Malaysia.

Ada juga yang jawab bendera itu dari negara lain

Walau bagaimanapun, masih ada juga beberapa peserta yang tidak mengenali bendera tersebut dan menjawab ia mungkin bendera dari negara lain seperti Kazakhstan, China, Korea Utara dan sebagainya.

Mark turut membuat video tersebut kepada dua bahagian dan ia mendapat pelbagai respon daripada peserta.

@markodea8

Americans try to guess the 🇲🇾 Flag! Part 2 is hilarious 😂😂

♬ original sound – Mark Odea (ALAMARK!) – Mark Odea (ALAMARK!)

Video eksperimen sosial Mark itu telah berjaya menarik perhatian ramai dan ada segelintir yang turut terhibur dengan jawapan diberikan oleh para peserta.

Ada juga yang berpendapat Mark boleh diberikan kad pengenalan untuk menjadi warganegara kerana influencer itu banyak mempromosikan Malaysia.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Nak Mark O’dea Jadi Duta Pelancongan Selepas Promosi Malaysia Di German [Video]

“Cuba kita tanya polis Amerika Syarikat, dia tahu tak bendera Malaysia.”

“Seronok betul rasa bila dia orang asyik cakap ‘nice people’ (masyarakat Malaysia)”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.