fbpx
Now Reading
Rumah Bot RM1.2 Juta Hanyut Berjaya Diselamatkan, Namun Status Di Google Papar ‘Permanently Closed’ [Video]

Rumah Bot RM1.2 Juta Hanyut Berjaya Diselamatkan, Namun Status Di Google Papar ‘Permanently Closed’ [Video]

Menerusi satu video, kelihatan rumahbot yang hanyut kerana arus deras berkenaan telah diikat dengan tali untuk diselamatkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Keadaan cuaca di Malaysia pada akhir-akhir ini tidak dinafikan berada dalam keadaan tak menentu dengan hujan berpanjangan dan lebat di beberapa kawasan.

Malah pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran banjir di beberapa kawasan dan meminta penduduknya untuk berhati-hati. Setakat hari ini (28 November) sekitar 40,000 mangsa banjir yang terkesan di enam negeri.

Restoran terapung hanyut dibawa arus deras

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sebuah restoran terapung terkenal, JL Fara Houseboat di Kelantan yang hanyut di bawa arus deras ekoran hujan lebat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Fara JL di TikTok, awalnya kelihatan dia sedang menangis melihat keadaan restoran terapungnya yang telah hanyut. Malah dia mengatakan hari sebelumnya (26 November) restoran itu hanyut ia baru sahaja ditimpa pokok besar.

“Hati ini luluh ya, Allah SWT. Semalam (26 November) houseboat (rumah bot) JLfara baru sahaja ditimpa pokok besar sehingga hancur dapur, dan hari ini? (rumahboat hanyut). Kedua-dua houseboat, Kak Fara hanyut untuk yang personal serta restoran,” ujarnya.

Rumah bot hanyut bernilai RM1.2 juta

Menurut Fara restoran terapung itu merupakan antara kejayaannya dalam bidang perniagaan sebelum mempunyai restoran yang lain. Fara turut mendedahkan rumah bot itu bernilai sekitar RM1.2 juta.

Fara turut menunjukkan keadaan restorannya sewaktu ditimpa oleh pokok besar berkenaan serta menceritakan mengenai insiden itu.

“Semalam kami tak tidur sehingga subuh, sebab rakit hampir tenggelam akibat pokok jatuh. Hari ini (27 November), sungai dah naik dan laju.. JL Fara Houseboat tidak dapat bertahan.

“Suami Kak Fara tak tidur hampir 3 malam,” katanya lagi dalam video itu.

Rumah bot berjaya dijumpai, ditarik menggunakan bot laju

Namun selepas pelbagai usaha dilakukan untuk mencari semula rumah bot terbabit akhirnya mereka berjaya menemukannya dan berharap ia dapat bertahan kerana keadaan cuaca yang semakin memburuk.

“Syukur kepada mu ya Allah, kedua-dua rakit dapat diselamatkan setakan ini. Tapi hujan masih lebat dan air sungai laju, harap rumah bot Kak Fara dapat bertahan.”

@farajl_

terima kasih yang mendoakan… terima kasih yang sanggup menolong kami😭😭 ada yang naik sampan, ada yang naik boat bersama anak. ya allah terima kasih 😭😭 terima kasih yg tak terhingga.. #farajl #jlfarahouseboat #jlfara #kelantan #sungaikelantan

♬ original sound – FARA JL – FARA JL

Dalam satu lagi video yang dimuat naik oleh pengguna dikenali sebagai Ranggo di TikTok menunjukkan restoran terapung berkenaan telah ditarik menggunakan bot laju.

Kelihatan tali panjang turut diikat pada rumah bot berkenaan bagi menariknya.

“Tabahlah wahai kakak ku (Fara) atas segala dugaan. Mungkin ada hikmah disebaliknya.. Insya-Allah kami petang tadi (27 November) dah buat yang terbaik untuk selamatkan JL Fara Houseboat. Alhamdulillah kami berjaya.”

@ranggo56

Tabah lah wahai kakak ku @farajl_ atas segala dugaan,,mungkin ada hikmah disebaliknya,,, insyaallah,,,Kami petang tadi dah bt yg terbaek untuk selamatkan House boat JL FARA,, Alhamdulillah kami berjaya #fyp #viralvideo

♬ Astaghfirullah (Cover) – Anisa Rahman

Ramai doakan urusan pemilik dipermudahkan

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersimpati atas musibah menimpa Fara dan berharap masalah itu dapat diselesaikan.

Tidak kurang juga ada yang memberi nasihat untuk meletakkan tali pada rumah bot berkenaan agar ia tidak mudah dihanyutkan.

Namun semakan kami di Google mendapati, status restoran terapung berkenaan terpapar telah ‘tutup sepenuhnya’.

Pemilik restoran bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan berhubung ‘penutupan’ tersebut. Bahkan tidak dapat disahkan adakah status restoran berkenaan disunting oleh pihak restoran JL Fara Houseboat itu sendiri.

Berikut adalah komen netizen:

“Semoga Allah permudahkan urusan.. JL Fara, semoga kita semua lebih dekat denganNya yang Maha Kaya. Setiap insan diuji dengan ujian yang berbeza-beza..”

“Semoga dipermudahkan urusan Kak Fara dan geng JL Fara.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.