Aksi Berani Dua Pemuda Terjun Sungai Ketika Arus Deras Buat Ramai Risau [Video]
Menerusi ruangan komen, seorang pengguna yang dipercayai salah seorang pemuda berkenaan tampil menjelaskan bahawa sungai itu merupakan tempat biasa mereka untuk mandi-manda.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hujan lebat yang melanda negara pada ketika ini sememangnya amat membimbangkan.
Apatah lagi beberapa kawasan khususnya di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu sedang dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan.
Malah, paras air di kebanyakan sungai juga turut naik dan melebihi paras biasa akibat daripada cuaca buruk ini.
Oleh sebab itu, Orang ramai disarankan untuk sentiasa berjaga-jaga dan peka terutama jika sedang berkunjung di kawasan sungai atau air terjun.
Dua Pemuda Terjun Ke Dalam Sungai Ketika Arus Deras
Namun, lain pula dengan dua orang pemuda ini yang dilihat berani terjun ke dalam sungai yang arusnya pada ketika itu sedang mengalir deras.
Menerusi video yang dikongsikan di @razakaziz278, pada mulanya kelihatan seorang pemuda berseluar pendek sedang memanjat penghadang jambatan.
Malah, dia sempat melakukan aksi seperti melipatkan badannya sebelum terjun ke dalam arus tersebut.
Tidak hanya itu, seorang lagi lelaki yang dipercayai rakannya juga turut tidak ketinggalan terjun ke dalam sungai tersebut.
Lebih menarik perhatian adalah beberapa orang individu lain yang turut berada dilokasi itu dilihat gembira dengan aksi yang ditunjukkan oleh kedua-duanya hingga ada yang merakam perbuatan mereka.
Ramai Risau Lihat Aksi Berani Pemuda, Tapi Orang Yang Terjun Pesan Jangan Bimbang
Video yang telah mendapat lebih 285,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Majoriti daripada mereka meluahkan kerisauan dengan tindakan lelaki berkenaan yang dilihat berani terjun ke dalam arus deras tanpa memikirkan kesannya.
Pada masa sama, ada yang menasihati mereka agar sentiasa berhati-hati lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini.
Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen, seorang pengguna yang dipercayai salah seorang pemuda berkenaan tampil menjelaskan bahawa sungai itu merupakan tempat biasa mereka untuk mandi-manda.
Malah, dia mendakwa tahu selok belok keadaan air di situ dan tidak terburu-buru untuk terjun ke dalam sungai tersebut.
Tidak hanya itu, ada pengguna yang menyokong tindakan mereka bahawa tiada salahnya mereka bertindak sedemikian.
Ini kerana mereka berpendapat kedua-dua pemuda berkenaan mempunyai kemahiran berenang.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Dia Tak Takut Ke Air Deras Macam Tu?”
“Jangan Sampai VTT Kena Tukar Lagu Andai Ku Tahu-Ungu”
“Janganlah Cari Penyakit, Bomba & Polis Banyak Kerja Lagi Nak Buat”
“Inilah Kelebihan Bila Orang Pandai Berenang. Budak Yang Duduk Bawah Ketiak Mak Ayah Jangan tengok”
“Agak-Agak Kalaulah Berlaku Perkara Yang Tak Diingini Nak Salahkan Siapa? Kadang Tak Faham Dengan Sikap Budak Sekarang”
Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Nyaris Hanyut Dibawa Arus Deras Ketika Cuba Redah Banjir [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Dihanyutkan Arus Sungai, Pelatih Akademi Bola Sepak Negara Dikhuatiri Lemas