Gelagat Lelaki Buat POV Makan Tengahari Seperti Raja Ketika Banjir Raih Perhatian [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu menyiapkan meja kecilnya dengan set sudu garfu, pinggan, teko dan banyak lagi persis santapan diraja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini dengan hujan berpanjangan serta lebat telah menyebabkan beberapa kawasan di Pantai Timur mengalami banjir.
Malah setakat ini lebih daripada 73,000 mangsa di enam negeri dilaporkan terkesan dengan banjir.
Meskipun bimbang dengan keselamatan mangsa yang terkesan, namun segelintir daripada mereka yang berdepan dengan situasi ini masih dilihat tenang.
Lelaki buat POV ‘Having a royal lunch by your private beach’
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan gelagat seorang lelaki yang membuat ‘Point of View’ (POV) seolah menikmati santapan diraja di tepi pantai.
Menerusi video dimuat naik oleh Nik, awalnya kelihatan dia membawa perkakas seperti teko keluar dari rumahnya dan meletakkannya di atas sebuah meja kecil di luar rumah yang dipercayai di Kelantan.
Siap buat setup meja cantik-cantik dengan makanan
Kelihatan di meja kecil tersebut terdapat sepinggan nasi goreng, cawan teh, biskut, peralatan sudu garfu dan banyak lagi. Kesemuanya telah disusun dengan kemas dan cantik.
Nik kemudian menuangkan air teh ke dalam cawannya sebelum menunjukkan pemandangan di hadapannya.
Tidak lama selepas itu dia berjalan memasuki kawasan air yang dilihat seperti pantai. Namun air tersebut bukanlah pantai sebaliknya banjir yang berada di hadapan rumah.
Ini kerana kelihatan air tersebut semakin naik sehingga hampir sama dengan ketinggian pokok-pokok di hadapan rumah Nik.
Ramai terhibur ada yang siap tanya set pinggan beli di mana
Melihat di ruangan komen, ada yang turut terhibur dengan gelagat lelaki tersebut yang dipercayai hanya sekadar ingin bergurau sewaktu berdepan dengan musibah banjir berkenaan.
Malah ada yang tertarik dengan set teko yang dikeluarkannya dan menyifatkan ia seperti dalam filem animasi ‘Alice in Wonderland’.
Bukan hanya itu, ada juga yang tertarik dengan set pinggan yang digunakan oleh lelaki tersebut.