Lelaki Jadi Individu Pertama Di Dunia Sertai Pertandingan Hyrox Pakai Baju Silat Siap Tanjak & Samping [Video]
Raeiz Hamed mengenakan pakaian silat kerana mahu Malaysia dikenali di mata dunia dalam sukan Hyrox.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap negara sudah tentu mempunyai pakaian tradisional yang melambangkan identiti sesebuah budaya.
Malah, sukan juga mempunyai gaya pemakaian tertentu bagi memudahkan pergerakan.
Lelaki jadi individu pertama sertai pertanding Hyrox pakai baju silat
Terbaharu, seorang lelaki rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Raeiz Hamed telah menjadi individu pertama yang menggunakan baju silat sewaktu menyertai pertandingan Hyrox Asian Championship di Hong Kong, China.
Difahamkan pertandingan itu telah berlangsung pada 22 November yang lalu. Untuk maklumat, Hyrox ialah pertandingan kecerdasan yang menggabungkan larian dan aktiviti senaman, termasuk penggunaan peralatan senaman.
Baju silat itu nampaknya tidak menjadi halangan bagi Raeiz menghabiskan kesemua cabaran yang diberikan
Menerusi video yang dikongsikan oleh Raeiz di TikTok, kelihatan dia menyertai pertandingan itu tidak hanya memakai baju silat bahkan pakaian itu lengkap dengan tanjak dan samping. Pada baju tersebut turut tertera bendera Malaysia.
Awalnya kelihatan Raeiz memulakan acara tersebut dengan larian 1 kilometer sebanyak lapan kali sebelum melakukan cabaran lain.
Antara cabaran yang dilakukan adalah:
- Ski-Erg 1,000 meter (m)
- Sled Push (50m), (153 kg)
- Sled Pull (50m), (103kg)
- Burpees broad jump (80m)
- Rowing 1,000m
- Farmer’s carry 24kgx2 (200m)
- Sandbag lunges 20kg (100m)
- Wall ball 6kg (100 reps
Pakai baju silat untuk perkenalkan Malaysia di mata dunia dalam sukan Hyrox
Malah dia turut dilihat berjaya menghabiskan ke semua cabaran itu dengan menggunakan baju silat berkenaan.
“Pertama di dunia menghabiskan Hyrox dengan menggunakan baju kebangsaan,” katanya.
Menerusi ruangan komen, Raeiz bersyukur kerana dia dapat menghabiskan pertandingan itu lengkap dengan pakaian tradisional. Jelas lelaki itu, tindakannya memakai baju tersebut sebagai langkah untuk memperkenalkan Malaysia dalam dunia sukan berkenaan.
“Aku ketepikan rekod aku demi memartabatkan agama, bangsa, dan negara. Aku memilih memakai pakaian silat atau pendekar atau pahlawan Melayu lengkap bertanjak dan samping berbanding baju melayu kerana ia lebih sesuai untuk lakukan pergerakkan yang terdapat dalam video.
“Syukur kerana aku berjaya menghabiskan acara dengan masih berpakaian lengkap,” katanya lagi.
Raeiz juga memaklumkan dia akan membuat satu pakaian rasmi untuknya bagi siri pertandingan Hyrox yang akan datang. Dia turut memaklumkan sukan itu bakal muncul atau dikenali di Malaysia pada tahun hadapan (2025).
Ramai kagum dan ucap tahniah
Melihat di ruangan komen ramai yang kagum dengan semangat Raeiz melakukan pertandingan itu dengan memakai pakaian silat.
Tidak kurang juga ada yang mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut.