fbpx
Now Reading
Pelajar Darjah 1 Hafal Surah Al-Mulk Buat Ramai Cemburu [Video]

Pelajar Darjah 1 Hafal Surah Al-Mulk Buat Ramai Cemburu [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar perempuan itu berusaha untuk membacanya tanpa melihat ke arah al-Quran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang umat Islam, kita sentiasa disarankan untuk sentiasa membaca al-Quran dalam kehidupan harian.

Selain itu, kita juga turut dinasihatkan untuk mengamalkan beberapa surah dalam al-Quran seperti al-Mulk dan surah itu juga sebaiknya dibaca sebelum tidur setiap hari.

Bukan hanya itu, terdapat banyak kelebihan sekiranya seseorang mengamalkannya seperti menjadi penghalang untuk pengamalnya diseksa apabila mati kelak.

Pelajar darjah satu hafal surah al-Mulk raih perhatian

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sekitar tujuh tahun yang menarik perhatian apabila berjaya menghafal surah al-Mulk di usia yang sangat muda.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Piduh Alif, kelihatan pelajar perempuan darjah satu itu sedang berada di dalam kelas dan sedang membuka al-Quran yang dibawanya di atas meja.

Dia kemudian meminta gurunya untuk membuat pemeriksaan pada bacaan surah al-Mulk yang dihafalnya.

“Dia minta periksa hafalan al-Mulk dia. Hebat, baru tahun satu,” kata guru berkenaan.

Berusaha untuk hafal tanpa lihat al-Quran

Meskipun tidak dapat menghafal keseluruhan surah al-Mulk namun dia dilihat berusaha sepenuhnya untuk membaca surah berkenaan tanpa melihat al-Quran.

Kelihatan guru turut cuba membantu apabila ada baris ayat yang tidak diingati dan dia akan menyambungnya.

Bagi baris yang tidak diingati, guru berkenaan memintanya untuk menghafal bahagian tersebut semula apabila ada kelapangan waktu.

@piduhalif01

We should praise the parents for this. 🤩👍🏼

♬ original sound – piduh alif – piduh alif

Ada yang cemburu pelajar hafal al-Mulk

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan kanak-kanak tersebut. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka cemburu.

Ada juga yang berpendapat kanak-kanak itu sebelum ini mungkin bekas pelajar tadika PASTI.

“Wah cemburunya kakak dengan awak sayang, semoga jadi anak solehah pada ibu bapa ya.”

“Hebat betul mak ayah yang mendidik adik ni MasyaAllah. Bangga dengan awak, adik.”

“Dulu dia belajar dekat PASTI ke”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.