Peniaga Di Indonesia Basuh Pinggan Guna Air Sampah [Video]
Menerusi video yang tular, kelihatan peniaga berkenaan sedang duduk di satu kawasan bersebelahan air sampah sebelum membilas perkakas tersebut dengan air kotor itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebersihan merupakan perkara yang paling penting untuk dititikberatkan oleh setiap peniaga dan pengendali makanan.
Ini kerana makanan termasuk perkakas yang digunakan perlu sentiasa bersih, agar tidak menyebabkan pelanggan mengalami keracunan makanan.
Malah peniaga makanan kebiasaannya disarankan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan agar dapat mempraktikan kebersihan yang sepatutnya.
Peniaga guna air sampah untuk basuh pinggan mangkuk
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita yang dipercayai peniaga di kedai makan yang melakukan tindakan kurang menyenangkan orang ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @noname_27277, kelihatan peniaga yang di Indonesia berkenaan duduk di belakang kedai untuk membasuh pinggan mangkuk.
Memetik laporan Kosmo, peniaga itu dipercayai membasuh pinggan mangkuk menggunakan air sampah.
Insiden tersebut dipercayai berlaku di Kota Palembang, wilayah Sumatera Selatan pada beberapa hari yang lalu.
Bilas pinggan mangkuk dari air sampah
Dalam video sama kelihatan wanita berkenaan mencedok air sampah itu untuk membilasnya ke pinggan yang berada di hadapannya.
Tidak lama kemudian wanita itu mengambil sudu dan garfu dalam sebuah besen untuk dibilas dengan air sampah.
Turut kelihatan kawasan tersebut dipenuhi dengan pelbagai sampah. Sebaik selesai membilas, dia kemudian mengasingkan perkakas yang ‘bersih’ ke satu tempat lain.
Aksi peniaga tersebut membasuh pinggan mangkuk berkenaan telah dirakam oleh seorang individu melalui satu tangga yang berada berdekatan dengan kawasan tersebut.
Ramai yang kembang tekak lihat video basuh pinggan pakai air sampah
Melihat di ruangan komen, ramai yang kurang senang melihat tindakan peniaga berkenaan.
Malah ada yang tidak dapat membayangkan sekiranya pinggan dan mangkuk itu dihidangkan kepada pelanggan.
Ada juga yang mengatakan mereka mungkin tidak akan ke kedai makan itu sebaik melihat tindakan peniaga membasuh perkakas menggunakan air sampah.