fbpx
Now Reading
Ramai Tersentuh Dengar Ucapan Penghargaan Graduan Untuk Nenek & Keluarga Ketika Hari Konvokesyen [Video]

Ramai Tersentuh Dengar Ucapan Penghargaan Graduan Untuk Nenek & Keluarga Ketika Hari Konvokesyen [Video]

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat nenek serta wanita yang dipercayai ibu saudara graduan UniKL sebak dan mengesat air mata ketika mendengar ucapan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui sepanjang bulan November dan Disember ini sedang berlangsungnya majlis graduasi atau hari konvokesyen di kebanyakan universiti di Malaysia.

Sudah pastilah hari istimewa ini dinanti-nantikan oleh pelajar sebagai meraikan usaha dan kerja keras mereka ketika menuntut ilmu.

Malah, majoriti daripada mereka turut meraikan kejayaan yang dicapai bersama keluarga yang selama ini menjadi tulang belakang menggapai impian tersebut dengan cara mereka sendiri.

Graduan Hargai Pengorbanan Nenek, Arwah Atuk & Keluarga Dalam Ucapan

Sebagai menghargai pengorbanan nenek, arwah atuk dan ahli keluarga lain, seorang graduan daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menzahirkan ucapan terima kasihnya di pentas konvokesyen.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @uniklofficialpage, graduan yang dikenali sebagai Mohamad Solehin bin Zulkarnain dan merupakan penerima Anugerah Canselor telah diberi peluang memberikan ucapan ketika Majlis Konvokesyen UniKL yang ke-21 pada minggu lalu.

Apa yang menjadi perhatian adalah ucapan graduan Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kepujian) itu yang menyentuh hati ramai pihak.

“Assalamualaikum opah dan keluarga tercinta. Terima kasih atas pengorbanan opah, arwah atuk dan keluarga membesarkan serta mendidik adik dan abang sehingga kami dewasa dan berjaya hingga ke ahirnya.

“Kejayaan ini bukanlah kejayaan adik tetapi ianya adalah kejayaan kita semua sekeluarga. Kalau arwah atuk masih ada, pasti dialah yang paling gembira.

“Buat opah, inilah hadiah yang paling berharga yang adik mampu berikan bersempena ulang tahun opah yang ke-78 pada bulan ini.

“Terima kasih juga kepada mak ngah serta kedua pak long dan maklong saya yang dipanggil ayah dan ibu. Tidak pernah membezakan layanan kepada kami berdua anak yatim ini,” ucapnya dalam nada sebak.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat nenek serta wanita yang dipercayai ibu saudaranya sebak dan mengesat air mata ketika mendengar ucapan tersebut.

Tonton video penuh di sini.

Pengguna Media Sosial Turut Sama Terharu

Video yang telah mendapat lebih 135,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti daripada mereka turut sama meluahkan rasa sedih dan terharu mendengar ucapan ikhlas graduan berkenaan.

Malah, ada yang turut meluahkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya yang berjaya merangkul ijazah dan anugerah tertinggi itu.

Tidak kurang juga ada pengguna media sosial yang membandingkan ucapan tersebut dengan ucapan seorang graduan yang tular baru-baru ini.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Tahniah Adik. Awak Dah Buat Yang Terbaik”

“Ini Baru Ucapan Sebenar, Bukan Untuk Hayati Tetapi Ucapan Yang Harus Kita Hayati”

“Semoga Terus Cemerlang & Bawa Senyuman Kepada Mereka”

“Aku Tak Pernah Menangis Tengok Video Macam Ini Tapi Kali Ini Aku Menangis”

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Sarung Jubah Buat Ibu Yang Tak Dapat Hadir Majlis Konvokesyen Undang Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Graduan UniSZA Terima Berita Bapa Meninggal Dunia 15 Minit Sebelum Terima Skrol

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.