Anda Pengguna Honda, Perodua Atau Proton? Ini Cara Semak Jadual Servis Kereta, Siap Tahu Anggaran Caj
Tidak semua kereta akan melakukan penyelenggaran pada mileage yang tepat, boleh jadi kurang daripada yang sepatutnya kerana tarikh servis berikutnya yang tiba terlebih dahulu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di zaman ini, tidak dinafikan kebanyakan rakyat Malaysia lebih memilih untuk membeli kereta baru berbanding kenderan terpakai.
Hal ini kerana kebanyakan kereta baru terutamanya daripada syarikat automotif nasional seperti Proton dan Perodua menawarkan kenderaan pada harga yang mampu milik.
Tidak hanya itu, syarikat-syarikat ini juga memberikan tawaran jaminan (warranty) sehingga 5 tahun atau 100,000Km/150,000km mileage dengan syarat haruslah menghantar kereta di pusat servis rasmi (service center) mereka mengikut jadual-jadual yang ditetapkan.
Masih ada yang asyik terlupa tarikh nak kena servis kereta?
Pun begitu, masih ada segelintir pemilik kereta baharu yang terlupa dan tidak tahu bagaimana caranya untuk menyemak semula jadual servis kenderaan mereka.
Susulan itu, seorang wanita ini yang dikenali sebagai Zaly Azahari tampil perkongsi cara untuk memeriksa jadual servis kenderaan secara dalam talian menerusi bebenang di akaun X miliknya.
“Tak ramai yang tahu sebenarnya, kita boleh semak ‘online’ sahaja (tarikh) ‘next’ servis kereta, apa nak tukar dan anggaran jumlah (caj servis),” ciapnya.
Setiap jenama kereta ada laman web untuk check tarikh servis & caj yang dikenakan
Setiap jenama kereta pasti mempunyai laman web tersendiri untuk pelanggan mendapatkan info lebih lanjut berhubung produk, servis dan membuat tempahan temujanji.
Di dalam laman web itu juga, terdapat bahagian di mana pelanggan boleh memeriksa dengan sendiri jadual penyelenggaraan berkala kenderaan mereka berserta anggaran jumlah yang akan dikenakan mengikut jenis servis.
Cara check jadual servis di bagi pengguna kereta Proton
Sebagai contoh, di laman web Proton, korang hanya perlu klik butang garis tiga di bahagian atas belah kanan dan tekan pada tulisan After Sales, kemudian klik pada bahagian ProCare.
Setelah itu, anda perlu memilih model dan varian kereta yang dipandu berserta mileage kenderaan tersebut.
Korang juga boleh tahu anggaran caj yang akan dikenakan nanti, jadi senanglah untuk korang buat persiapan terutamanya dari segi kewangan.
Cara check jadual penyelenggaraan berkala Perodua
Bagi laman web Perodua pula, cara yang perlu dilakukan adalah sama, iaitu klik pada garis tiga di bahagian atas sebelah kanan, kemudian tekan After Sales, namun kali ini klik pula pada bahagian Overview.
Setelah masuk ke dalam paparan ‘After Sales Service’, pergi ke bahagian Service Maintenance dan klik Find Out More.
Kemudian pilih model kenderaan dan mileage untuk penyelenggaraan seterusnya.
Perlu diingatkan, tidak semua kereta akan melakukan penyelenggaran pada Mileage yang tepat, boleh jadi kurang daripada yang sepatutnya kerana tarikh servis berikutnya yang tiba terlebih dahulu.
“Sama juga untuk (laman web Honda). Tekan tiga garis titik kanan, kemudian pilih (After Sales > Maintenance), selepas itu pilih model kereta kemudian keluar lah jadual servis sehingga 100,000Km.
“Kebanyakan jenama kereta memang dah ada laman web sendiri, korang boleh cari masing-masing. Saya cuma kongsi pada jenama yang majoriti ramai pakai,” katanya.
Honda :
— Zalea ❀ ⋆。゚ (@zalyazahari) November 30, 2024
Sama juga tekan titik kanan pilih ( After sales > maintenance ) Lepastu selecy model kereta and pilih la mana satu then keluar la jadual sampai 100k km dia bagi hihi pic.twitter.com/Crd13Irlv8