fbpx
Now Reading
Ibu Beri Anak Album Gambar Sepanjang 23 Tahun Hidup Sebagai Hadiah Konvo [Video]

Ibu Beri Anak Album Gambar Sepanjang 23 Tahun Hidup Sebagai Hadiah Konvo [Video]

Album itu bukan sahaja dimasukkan dengan gambar-gambarnya, malah setiap helaian juga diselitkan dengan wang tunai bernilai RM10.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai ibu bapa, pastinya terdetik perasaan sebak apabila melihat anak yang dahulunya tidak pandai berjalan kini sudah berjaya menamatkan pengajian di universiti.

Bagi meraikan kejayaan selepas tamat konvokesyen, kebiasaannya ibu bapa dan adik-beradik akan memberikan jambangan bunga kepada ahli keluarga mereka.

Namun hadiah daripada si ibu kepada anak lelakinya yang baru sahaja bergelar graduan universiti ini menjadi perhatian sehingga membuatkan ramai yang sebak termasuk penulis sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: “Effort A+” – Keluarga Sambut Graduan Dengan ‘Banner’ & Persembahan Gendang Buat Ramai Teruja

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Sebak Tengok Anak Perempuan Tamat Belajar Sampai Tak Henti Keluar Air Mata


Ibu Beri Album Gambar Dari Kanak-kanak Hingga Dewasa Sebagai Hadiah Konvokesyen

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@nazirul.hehe), graduan dari Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkongsi detik paling bermakna ketika dirinya secara rasmi bergelar graduan universiti.

Hari bersejarah dalam hidupnya itu akan lebih diingati apabila ibunya menghadiahkan sebuah album gambar menunjukkan perjalanan sepanjang 23 tahun dirinya membesar dari kecil hingga dewasa.

Menurut ibu kepada graduan ini, hadiah jambangan bunga terlalu biasa justeru dia tampil dengan idea kreatif untuk anak lelakinya.

Sumber gambar: TikTok (@nazirul.hehe)

Lebih menarik lagi, album itu bukan sahaja dimasukkan dengan gambar-gambarnya, malah setiap helaian juga diselitkan dengan wang tunai bernilai RM10.

Di muka belakang album berkenaan, si ibu memberikan ucapan yang menyentuh hati seperti berikut:

“Ingat, meskipun dunia berubah, cinta mak akan selalu jadi tempatmu pulang. Selamat bergraduasi,” ucap si ibu kepada anak lelakinya.

Sebak dengan pemberian tersebut, pengguna TikTok dikenali sebagai Nazirul ini menganggap hadiah konvokesyen dari ibunya itu tiada nilai tandingannya.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat 556,600 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@nazirul.hehe

Hadiah konvokesyen yang tiada nilai tandingnya #ukm #convocation #konvoukm52 #fyp

♬ Wanita Terbaik – Furqan Fawwaz

Hadiah Pemberian Si Ibu Bikin Ramai Sebak

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang turut meluahkan rasa sebak sehingga mengalirkan air mata melihat usaha yang dilakukan oleh si ibu dalam menghasilkan album berkenaan.

Netizen berpendapat hadiah tersebut sebagai satu pemberian yang cukup berharga.

“Hadiah paling mahal sebab banyak kenangan, jaga betul-betul,” ujar pengguna TikTok.

Malah ucapan ibunya di penghujung album juga telah menyentuh hati ramai pihak.

Dalam pada itu, kakak kepada pemilik video juga mendedahkan adiknya itu telah banyak berkorban demi ibu mereka.

“Saya kakak dia dan saksi usaha mak buat album ni. Memang selayaknya mak buat semua ni untuk anak bongsu dia yang sanggup keluar SBP sebab nak temankan mak lepas abah meninggal dunia,” jelas Nazmira Ithnin.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang sempat mengira jumlah keseluruhan wang dalam album tersebut yang bernilai RM400.

Sumber: TikTok
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.