fbpx

Khairul Aming Kecewa, Ada Pihak Beri Baju Penuh Telur Lipas, Kulat & Kencing Tikus Untuk Mangsa Banjir [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pakaian kanak-kanak yang diberikan oleh segelintir ‘penderma’ dipenuhi dengan telur lipas dan air kencing tikus.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bencana alam seperti banjir yang berlaku di sembilan negeri sejak beberapa hari ini telah membuatkan masyarakat berasa bimbang.

Susulan daripada kejadian itu, banyak yang prihatin mula menghulurkan bantuan seperti makanan, pakaian, alatan mandian serta banyak lagi.

Tindakan mulia ini secara tidak langsung dapat membantu mangsa yang terkesan dengan banjir untuk meneruskan kehidupan mereka di Pusat Permindahan Sementara (PPS).

Khairul Aming kecewa ada yang hulurkan bantuan dengan beri barangan rosak

Perkara sama turut dilakukan oleh influencer dan usahawan, Khairul Aming (KA) apabila turut menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di Kelantan.

Malah Khairul Aming turut membentuk pasukan sukarelawan yang ingin bersamanya untuk membantu mangsa-mangsa banjir seperti mengagihkan makanan, pakaian serta banyak lagi.

Bahkan Khairul Aming turut mengedarkan produk makanannya iaitu Dengdeng Nyet buat mangsa banjir.

Terbaharu dia meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pihak yang sanggup memberikan barangan yang sudah rosak untuk digunakan oleh mangsa banjir.

Menerusi video yang dirakam dari siaran langsung influencer berkenaan, kelihatan Khairul Aming menunjukkan longgokan baju yang berada di sebuah meja yang tidak lagi boleh digunakan.

Baju yang diberi bukan sekadar kotor tapi dipenuhi dengan najis haiwan perosak

Malah apa yang lebih mengecewakan, pihak berkenaan juga sanggup menghantar baju yang dipenuhi dengan telur lipas, kulat, kotor dan juga terkena air kencing tikus.

“Ini yang kita terima, pakaian yang penuh dengan telur lipas, kulat, kotor, ada air kencing tikus, dan ada (pakaian kanak-kanak) yang kena gigit tikus.

“Tolong jangan hantar barang macam ni okay. Ini bukan tempat pelupusan barang. KA nak pesan sekali lagi ini bukan tempat pelupusan sampah,” ujarnya dalam video tersebut.

Bahaya jika kanak-kanak pakai baju tercemar dengan najis serangga perosak

Khairul Aming turut menyifatkan tindakan pihak menghantar baju yang tercemar itu sebagai bahaya jika dipakai oleh kanak-kanak.

Ini kerana ia boleh mengundang kepada masalah kulit, keracunan dan sebagainya.

“Kalau kita tak boleh pakai, mangsa banjir pun tak boleh nak pakai. Kena fikir macam tu (jika nak beri bantuan). Dia orang tengah dalam kesusahan jangan jadikan ini (tempat mengumpulkan barangan bantuan) sebagai tempat buang sampah. KA tak nak.

“Dengan telur lipasnya, air kencing tikus, bahaya tau. Ini pun kita pilih satu per satu. Korang (sukarelawan) pastikan cuci tangan lepas ni. KA tak nak ada isu keselamatan (atau kesihatan) ke apa.”

Usahawan yang terkenal dengan Sambal Nyet turut memohon mereka yang ingin menghulurkan bantuan khususnya pakaian kanak-kanak untuk lebih cakna bahawa ada segelintir mereka suka menggigit baju, hisap tangan dan sebagainya.

@its_me_milaaaa

kita nak menolong orang, bukan memudaratkan orang. sape2 nk bagi bantuan boleh waze Luxury Garden wakaf mek Zainab Kota Bharu. KA perlukan volunteer lelaki dan keperluan makanan ubat-ubatan dan barang2 baby. #teambob #teamka #prayforpantaitimur #khairulaming

♬ original sound – Ai Khodijah – Ai Khodijah

Undang masalah kesihatan pada kanak-kanak

Oleh itu, jika ada kanak-kanak tergigit atau masukkannya ke dalam mulut pakaian yang sudah mempunyai najis atau kencing tikus ia boleh mengundang kepada masalah kesihatan.

Selain itu, dia turut menunjukkan ada pihak yang menghantar lampin pakai buang untuk dewasa yang sudah berkulat.

“Kesian orang-orang dewasa, pakcik-pakcik yang lumpuh, sakit nak guna lampin ni. KA memang wajibkan semua orang periksa barangan tapi (orang ramai) jangan bawa yang macam ni.

“Kesian dekat orang sakit, dengan kuman bakteria, kalau ada luka dengan punggung ke apa masuk dalam luka tu lagi teruk nanti,” katanya lagi.

Ramai kritik tindakan segelintir pihak bagi pakaian kotor kepada mangsa banjir

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengkritik tindakan segelintir pihak yang menghantar barangan kotor. Ini kerana kesemua barangan ingin dipakai secara terus dan mangsa tidak mempunyai masa untuk membasuhnya terlebih dahulu.

Ada juga yang berpendapat sikap pihak yang memberi bantuan dengan pakaian kotor itu bukan berniat untuk menderma sebaliknya membuang.

“Nak bagi untuk orang banjir, bagi lah yang bersih. Kalau boleh bagi yang baharu, mereka nak guna dan nak pakai.. kena ikhlas nak bagi sumbangan.”

“Ini dah biasa berlaku masa sumbang-sumbang ni. Penat pesan, orang-orang ni macam tak fikir.”

“Aku kalau bagi orang baju yang anak-anak dah tak muat pasti aku cuci dulu sebab budak selalunya akan teruja nak pakai baju yang mereka dapat”

“Kalau nak bagi derma, berilah dengan ikhlas”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Kedekut Rezeki” – Khairul Aming Edar Dendeng Nyet Percuma Kepada Mangsa Banjir Buat Ramai Terharu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.