“Menariknya”- Pasangan Pengantin Baba Nyonya Buat Majlis Tema Melayu Buat Ramai Teruja [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan pengantin perempuan memakai baju Kebaya Baba Nyonya manakala pengantin lelaki memakai Baju Melayu songket lengkap dengan tanjak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan banyak lagi.
Malah kepelbagaian budaya ini membuatkan Malaysia sebagai salah satu negara yang unik dan masyarakatnya juga hidup dengan penuh harmoni.
Selain itu, masyarakatnya juga saling menghormati agama yang dianuti oleh kaum yang berada di negara ini.
Pasangan pengantin gabung tema majlis perkahwinan Baba Nyonya dan adat Melayu
Baru-baru ini, pasangan pengantin dari keturunan Cina Peranakan iaitu Baba Nyonya telah menjadi perhatian apabila mengabungkan majlis perkahwinan mereka dengan adat Melayu dan Baba Nyonya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Husna di TikTok, awalnya dia memaklumkan suaminya telah mendapat undangan untuk majlis perkahwinan kaum Baba Nyonya di Dewan Bizmillah, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Namun apa yang menarik dalam majlis perkahwinan ini adalah pasangan pengantin mengabungkan tema adat Melayu dan juga Baba Nyonya yang secara tidak langsung menampilkan keunikan.
Disambut dengan alunan kompang dan tarian singa
Dalam video sama, sewaktu pasangan pengantin tiba mereka disambut dengan paluan kompang yang berjalan masuk ke dalam dewan.
Tidak lama selepas itu, kelihatan keluarga yang dipercayai ibu bapa pasangan pengantin yang lengkap memakai busana Baba Nyonya seperti kebaya masuk ke dalam dewan bersama-sama dengan alunan kompang.
Bukan hanya itu sebaik selesai keluarga masuk ke dewan, kedengaran alat muzik Bo dimainkan dan singa berwarna merah jambu masuk untuk melakukan tarian.
Sebaik singa itu masuk, kelihatan pasangan pengantin masuk ke dalam dewan sambil melambai ke arah tetamu.
Pengantin perempuan pakai kebaya Baba Nyonya & pengantin lelaki baju melayu songket
Pengantin perempuan dilihat cantik dan terserlah keayuannya dengan memakai baju Kebaya Nyonya sebagai busana. Manakala pengantin lelaki lengkap memakai Baju Melayu songket dengan tanjak, serta keris yang dihias pada pinggangnya.
Sebelum naik ke pelamin, pengantin terlebih dahulu dihiburkan dengan persembahan tarian singa dan kelihatan orang ramai yang berada dalam majlis tidak melepaskan peluang untuk merakam momen manis itu.
Ramai teruja lihat keunikan majlis perkahwinan
Melihat di ruang komen, ramai yang teruja melihat keunikan majlis perkahwinan tersebut. Malah ada yang mengatakan ia satu majlis yang sangat sempurna.
Bukan hanya itu ada juga yang memuji keharmonian majlis berkenaan kelihatan mereka semua seronok di majlis tersebut.