fbpx
Now Reading
Nak Tunai Haji 2025, 2 Lelaki Mula Jalan Kaki Dari Perak Ke Mekah [Video]

Nak Tunai Haji 2025, 2 Lelaki Mula Jalan Kaki Dari Perak Ke Mekah [Video]

Dalam pengembaraan hari pertama, kedua-dua lelaki itu telah berjalan sejauh kira-kira 38Km (Kilometer) dari Kampung Changkat Lobak ke Parit Buntar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada tahun lalu, tular kisah mengenai seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikenali sebagai Harrynizam Saleh yang berjalan kaki seorang diri dari Bidor, Perak ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Lelaki berusia 42 tahun itu bagaimanapun dikurniakan rezeki daripada Allah SWT semasa sedang melakukan pengembaraan terbabit selepas seorang individu di Jeddah menajanya tiket penerbangan untuk ke sana.

Susulan itu, Harrynizam berjaya sampai ke Tanah Suci lebih awal daripada waktu yang sepatutnya untuk menunaikan ibadah terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Ditaja Tiket Penerbangan Ke Jeddah, Lelaki OKU Buat Misi Berjalan Ke Tanah Suci Kini Di Mekah [Video]

Tular dua lelaki jalan kaki dari Malaysia ke Mekah untuk tunai Haji tahun depan

Terbaharu, tular pula di media sosial dua lagi lelaki yang dikenali sebagai Bukhari dan Azizul turut melakukan pengembaraan ibadah Haji bagi tahun hadapan (2025) dipercayai dengan berjalan kaki.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @qoryellia, kedua-dua mereka memulakan pengembaraan dari Masjid Jamek Kampung Changkat Lobak, Bagan Serai, Perak pada semalam (1 Disember).

Dalam pengembaraan hari pertama itu, Bukhari dan Azizul telah berjalan sejauh kira-kira 38Km (Kilometer) dari Kampung Changkat Lobak ke Parit Buntar sebelum bermalam di salah sebuah masjid di kawasan tersebut.

Hari kedua pengembaraan, Parit Buntar menuju Bukit Mertajam

Hari ini (2 Disember), kedua-dua mereka difahamkan meneruskan pula perjalanan menuju ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang dianggarkan sejauh 31km sebelum berehat dan menyambung pengembaraan untuk hari-hari seterusnya sehinggalah tiba di Tanah Suci.

Dalam video berasingan yang dikongsikan Bukhari, mereka juga akan singgah di restoran Pak Mat Western setelah dijemput untuk menjamu selera.

Menurut Bukhari, pengembaraannya ke Tanah Suci bersama Azizul akan dikemaskini di akaun TikTok dari masa ke semasa.

Ramai titip doa, siap nak belanja makan minum jika ketemu

Sementara itu, memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dilihat menitipkan doa buat Bukhari dan Azizul agar pengembaraan mereka untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dimudahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Tidak kurang juga mereka yang ingin bertemu dengan kedua-dua lelaki ini untuk memberi sedikit sumbangan seperti duit, makanan dan minuman.

Sekadar info, berjalan kaki menuju ke Mekah bukanlah sesuatu perkara yang mustahil untuk dilakukan meskipun jarak yang harus ditempoh mencecah hampir 10,000km.

Ini kerana, perjalanan dari Malaysia menuju ke Tanah Suci mempunyai jalan darat yang tidak dipisahkan oleh laut.

Foto: Google Map

Berikut komen yang diberikan netizen di TikTok:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.