fbpx
Now Reading
Ramai Kritik Tindakan Ibu Bapa Benarkan Anak Mandi-manda Dalam Air Banjir [Video]

Ramai Kritik Tindakan Ibu Bapa Benarkan Anak Mandi-manda Dalam Air Banjir [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa kanak-kanak yang seronok berendam dalam air banjir malah ada juga yang sedang berenang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cuaca yang tidak menentu dan hujan berpanjangan serta lebat telah menyebabkan berlakunya bencana banjir di beberapa negeri.

Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan sekitar 136,520 mangsa yang terkesan di sembilan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Johor, Pahang, Melaka termasuk Selangor.

Malah setakat jam 9.54 pagi negeri Kelantan merekodkan jumlah mangsa banjir yang paling tinggi iaitu 85,761 berbanding negeri lain.

Gelagat kanak-kanak bermandi-manda dalam banjir

Baru-baru ini, tular satu video di X memaparkan gelagat kanak-kanak serta segelintir individu dewasa yang sedang bermandi-manda di kawasan banjir.

Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan beberapa kanak-kanak yang sedang berendam di dalam air banjir yang berwarna coklat sambil diperhati beberapa individu dewasa di bahagian tepi tebing.

Tidak kurang juga ada yang dilihat sedang berenang bersama kanak-kanak lain dalam banjir itu.

Selepas beberapa saat video itu dirakam dan dihalakan ke arah sebelah kiri, kelihatan lebih ramai golongan dewasa dan kanak-kanak yang berada di dalam banjir. Ada yang sedang berjalan ke kawasan lain, dan ada juga yang sedang mengendong anak meredah banjir terbabit.

Gelagat kanak-kanak tersebut yang bermandi banjir dipercayai berlaku di Kota Baharu, Kelantan dan video asal telah dimuat naik di TikTok.

Ramai kritik tindakan ibu bapa biarkan anak mandi air banjir

Melihat di ruangan komen, ramai yang kurang senang melihat gelagat kanak-kanak tersebut bermandi-manda kerana bimbang ia akan mengundang kepada masalah kesihatan.

Ini kerana, air banjir bukanlah dari sumber yang bersih kerana ia sudah bercampur dengan sampah, air longkang dan sebagainya.

Selain itu, air banjir juga boleh mengundang kepada penyakit tifoid, keracunan makanan, disentri, taun, hepatitis A dan banyak lagi.

Malah ada yang mengkritik tindakan segelintir ibu bapa yang hanya membiarkan kejadian itu berlaku.

Polis sebelum ini minta orang ramai berhati-hati dalam banjir

Sebelum ini, polis di Kelantan turut memberi nasihat kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan tidak menjadikan bencana banjir ini sebagai ‘pesta’.

Malah beliau memaklumkan kesilapan yang sedikit boleh menyebabkan kecelakaan, Astro Awani.

“Tak takut leptospirosis ke? Dekat kawan kedai-kedai macam ni lah banyak”
“Maaf lah, saya sebagai warga Kelantan. Duduk di Kelantan, tak setuju juga biarkan anak-anak berendam dalam air banjir tu. Setakat nak jalan tu okay lah. Kalau sampai mandi berang macam tu. Aduii”
“Setiap kali orang main air banjir aku cuma terbayang air tu campur dengan air lubang jamban, air kencing, taik manusia dan haiwan, air longkang, sisa-sisa sampah. Macam mana boleh celup kepala lagi dalam tu.”
“Air banjir tu kotor dan berpotensi bawa penyakit…”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.