Ramai Persoal Tindakan Pelancong Mengemis, Minta Tanggung Makanan & Tiket Flight Di R&R
Apa yang menjadi perhatian adalah tulisan nota itu yang dipercayai ditulis oleh pelancong berkenaan yang mendakwa dia telah melancong selama sembilan tahun dan rindukan rumahnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Harus diakui, Malaysia merupakan antara negara yang sering menjadi pilihan kebanyakan pengembara sebagai destinasi pelancongan.
Ini kerana keunikan budaya dan kecantikan alam semula jadi serta sifat ramah rakyat negara ini menyebabkan mereka meletakkan Malaysia antara negara yang wajib dikunjungi.
Oleh sebab itu, ada di antara pelancong yang dilihat melawat Malaysia dalam tempoh masa yang agak lama.
Walau bagaimanapun, ada di antara mereka yang dilihat mengambil kesempatan dengan meminta sedekah atau mengemis bagi menampung kos percutian.
Mengemis Di R&R Minta Duit Untuk Makan & Tiket Flight
Itulah yang dilakukan oleh seorang pelancong lelaki dari luar negara yang dilihat meminta sedekah di R&R Ulu Bernam, Tanjung Malim Arah Selatan.
Menerusi hantaran di akaun X @pedoqpop, lelaki mat salleh itu dilihat duduk di lantai bersebelahan sebuah gerai di R&R tersebut.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat sebuah beg, bekas yang digunakan untuk duit dan sekeping kotak yang tertera ayat Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu diletakkan bersama lelaki berkenaan.
Apa yang menjadi perhatian adalah tulisan nota itu yang dipercayai ditulis oleh pelancong berkenaan yang mendakwa dia telah melancong selama sembilan tahun dan rindukan kampung halamannya.
Dek kerana rasa rindu, dia memohon bantuan dengan cara sebegitu bagi menampung kos makanan dan tiket flight.
“Hai, saya telah mengembara selama 9 tahun. Saya sangat rindu rumah. Tolong bantu saya mengumpul wang untuk tiket dan makanan,” tulisnya.
Perbuatan pelancong Mat Saleh tersebut nyata mengundang rasa geram dalam diri pengguna berkenaan hingga dia mahu pihak berkaitan seperti pengurusan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadapnya.
“Salam @PDRMsia, @plus2u, tolong la kutip dan hantar balik dia ni. Pahal kita pulak nak tanggung tiket dia balik kampung. Lokasi RNR Ulu Bernam arah Selatan,” tulisnya.
Salam @PDRMsia @plus2u tolong la kutip dan hantar balik dia ni. Pahal kita pulak nak tanggung tiket dia balik kampung. Lokasi RNR Ulu Bernam arah selatan. pic.twitter.com/z8lvMIBMoL
— Pedoq, what is this behaviour? (@pedoqpop) December 1, 2024
Ramai Geram & Persoal Tindakan Pelancong Mengemis
Hantaran yang telah mendapat lebih 359,000 tontonan itu nyata menarik perhatian ramai.
Menerusi ruangan balasan hantaran tersebut, majoriti pengguna media sosial meluahkan rasa geram dengan perbuatan tidak bertanggungjawab pelancong itu.
Malah, ada yang mempersoalkan apakah tindakan yang telah diambil olehnya sepanjang tempoh sembilan tahun dia mengembara.
Sama seperti @pedoqpop, ada pengguna lain turut mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelancong terbabit.
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Datang Boleh, Kenapa Balik Tak Boleh? Malaysia Dah Kena Start Tegas Sikit Macam Korea”
“Datang Kemain Kaya, Bila Balik Tiba-Tiba Miskin Tegar”
“Orang Eropah? Tak Boleh Report Diorang Punya Embassy Ke? Tak Cacat, Tak Sakit Tapi Sedap Mengemis”
“Senang-Senang Je Dia Eksploit Tahap Kebaikan Kita, Dekat Sini Ramai Je Tak Pernah Rasa Naik Kapal Terbang”
“9 Tahun Tersadai Bukan 9 Hari, Selama Ini Kau Kat Mana? Tak De Nak Pergi Cari Kedutaan Ke?
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Yang Travel, Kita Pula Kena Tanggung” – 2 Pelancong Rusia ‘Mengemis’ Di Sarawak Dikecam Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Imigresen Bali Hantar Pulang Pelancong Mengemis Ke Kedutaan